Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Game seram The Devil in Me akan keluar pada 18 November, finale The Dark Pictures Anthology: Season 1

Razin Syafiq by Razin Syafiq
August 25, 2022
in Artikel, Berita, PC, PS4, PS5, Seram, Steam, Xbox One, Xbox Series X|S
0 0
0
Game seram The Devil in Me akan keluar pada 18 November, finale The Dark Pictures Anthology: Season 1
Share on FacebookShare on Twitter

Berita baik buat peminat game seram kerana penerbit Bandai Namco dan pembangun Supermassive Games mengumumkan bahawa The Dark Pictures Anthology: The Devil in Me akan dilancarkan untuk platform PlayStation 5, Xbox Series, PlayStation 4, Xbox One dan PC melalui Steam pada 18 November!

Bagi mereka yang tidak tahu, Dark Pictures adalah siri yang terdiri daripada beberapa game sinematik seram di mana jalan cerita boleh bercabang mengikut pilihan pemain The Devil in Me merupakan game keempat dalam siri ini dan adalah finale kepada Musim Pertama The Dark Pictures Anthology. Berikut adalah gambaran keseluruhan game, menurut Bandai Namco Entertainment:

Sekumpulan krew filem dokumentari menerima panggilan misteri yang menjemput mereka ke replika moden “Murder Castle”, sebuah hotel milik pembunuh bersiri H.H. Holmes. Demi mendapatkan perhatian orang ramai untuk melihat karya mereka, semua setuju bahawa ini adalah peluang yang terlalu baik untuk dilepaskan.

Tiba sahaja di hotel, mereka mendapati bahawa ia adalah set yang sesuai untuk episod baharu dokumentari, tetapi keadaan sebenar bukan seperti yang mereka sangkakan. Seluruh krew belajar bahawa mereka sedang diperhatikan dan dimanipulasi. Kini ada lebih banyak yang mereka perlu bimbang selain daripada perhatian penonton!

Tugas kita sebagai pemain adalah meneroka setiap sudut Murders’ Castle menggunakan ciri-ciri serba baharu yang dibuat khusus untuk finale Dark Pictures termasuk inventori watak, teka-teki berasaskan alat dan aski pergerakan baru seperti berlari, melompat dan memanjat. Elak perangkap kejam oleh individu misteri tersebut yang berimpian untuk menjadi pembunuh bersiri paling bahaya di Amerika dan bertahan hidup dari ‘killing room’ rumit.

Walaupun seronok untuk bermain seorang diri, anda boleh mengajak teman untuk bermain sekali dalam dua mode multiplayer: 1) kongsi kisah anda secara online dengan rakan-rakan atau bermain mode 5-player pass-the-pad yang boleh dimainkan secara offline.

Sekali lagi saya ingatkan, The Dark Pictures Anthology: The Devil in Me akan dilancarkan untuk platform PlayStation 5, Xbox Series, PlayStation 4, Xbox One dan PC melalui Steam pada 18 November. Nak tahu best atau tidak? Nantikan review kami ya.

Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy
Tags: SeramThe Dark Pictures AnthologyThe Devil in Me
Previous Post

Barisan filem & siri TV yang best pada September 2022 di Netflix

Next Post

Meriah! Ramai Pemain Genshin Impact Malaysia Berkumpul di Acara Genshin Teleport!

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

Game Sekuel ‘Code Vein II’ Diumumkan, Akan Keluar 2026!
Berita

Game Sekuel ‘Code Vein II’ Diumumkan, Akan Keluar 2026!

June 7, 2025
Sonic Racing: CrossWorlds Meluncur Ke Semua Platform Pada 25 September 2025
Berita

Sonic Racing: CrossWorlds Meluncur Ke Semua Platform Pada 25 September 2025

June 7, 2025
Capcom Umum Resident Evil Requiem, Akan Datang 27 Februari 2026
Berita

Capcom Umum Resident Evil Requiem, Akan Datang 27 Februari 2026

June 7, 2025
Next Post
Meriah! Ramai Pemain Genshin Impact Malaysia Berkumpul di Acara Genshin Teleport!

Meriah! Ramai Pemain Genshin Impact Malaysia Berkumpul di Acara Genshin Teleport!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan
Berita

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan

June 5, 2025
Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!
Animasi

Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!

June 4, 2025
Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’
Berita

Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’

June 3, 2025
Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026
Filem

Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026

June 2, 2025
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd