Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Game Seram ‘A Quiet Place: The Road Ahead’ Bakal Keluar 17 Oktober

Razin Syafiq by Razin Syafiq
August 7, 2024
in Artikel, Berita, PC, PS5, Seram, Steam, Xbox Series X|S
0 0
0
Game Seram ‘A Quiet Place: The Road Ahead’ Bakal Keluar 17 Oktober
Share on FacebookShare on Twitter

Hari ini, Saber Interactive mengumumkan bahawa game horror-adventure ‘A Quiet Place: The Road Ahead‘, spin-off daripada francais filem seram terkenal yang sama, akan dilancarkan untuk PlayStation 5, Xbox Series dan PC melalui Steam pada 1 Oktober.

Bersama pengumuman ini, mereka turut memuat naik trailer yang anda boleh menonton di bawah:

Dicipta oleh Stormind Games, A Quiet Place: The Road Ahead ialah single-player horror adventure yang diilhamkan oleh francais filem blockbuster terkenal yang memfokuskan tentang dunia pasca-apokalips selepas pencerobohan makhluk asing berbahaya.

Kredit: Stormind Games

Dalam game spin-off ini, kita akan bermain sebagai Alex, seorang pelajar kolej muda yang menghidap asma dan bergelut untuk bertahan hidup di dunia penuh bencana bersama teman lelakinya, Martin.

Tetapi makhluk-makhluk ngeri ini bukanlah satu-satunya ancaman yang perlu dihadapi oleh Alex ketika dia meneroka bandar-bandar lama untuk mencari tempat perlindungan yang selamat bagi dirinya dan keluarga.

Kredit: Stormind Games

Game A Quiet Place: The Road Ahead direka untuk peminat filem, peminat game seram dan peminat naratif. Alami persekitaran seram semasa anda bersembunyi, mengalih perhatian dan menyelinap melepasi makhluk-makhluk tersebut. Tetapi hati-hati kerana bunyi yang kecil pun boleh mendedahkan anda kepada bahaya.

Teroka melalui sisa-sisa tamadun manusia, dan guna kepintaran anda untuk memerhati persekitaran sekeliling, dan memanfaatkan apa sahaja alat yang boleh ditemui.

Kredit: Stormind Games

Dengan hanya kebijaksanaan anda dan alatan sekeliling, Alex perlu mengatasi banyak cabaran dan halangan berbahaya, sambil cuba mengelak daripada bahaya yang sentiasa mengintai dari belakang.

Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy
Tags: A Quiet Place: The Road Ahead
ShareTweetSend
Previous Post

DLC Persona 3 Reload ‘Episode Aigis: The Answer’ Akan Lancar Pada 10 September

Next Post

Xbox Game Pass Ogos 2024 – Creatures of Ava, Crash Bandicoot N. Sane Trilogy, Mafia: Definitive Edition

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!
Animasi

Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!

June 4, 2025
The Witcher 4 Tampil Dengan Gameplay Pertama Menerusi Tech Demo UE5
Berita

The Witcher 4 Tampil Dengan Gameplay Pertama Menerusi Tech Demo UE5

June 4, 2025
Reviu Guilty Gear -Strive- (Nintendo Switch) – Saiz Skrin Makin Kecil, Tapi Gaya Masih Kekal!
Review

Reviu Guilty Gear -Strive- (Nintendo Switch) – Saiz Skrin Makin Kecil, Tapi Gaya Masih Kekal!

Next Post
Xbox Game Pass Ogos 2024 – Creatures of Ava, Crash Bandicoot N. Sane Trilogy, Mafia: Definitive Edition

Xbox Game Pass Ogos 2024 – Creatures of Ava, Crash Bandicoot N. Sane Trilogy, Mafia: Definitive Edition

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Anime ‘Takopi’s Original Sin’ Bakal Ditayangkan 28 Jun 2025
Anime

Anime ‘Takopi’s Original Sin’ Bakal Ditayangkan 28 Jun 2025

May 26, 2025
Crunchyroll Anime Awards 2025: Solo Leveling Dominasi Sebagai Anime Of The Year
Anime

Crunchyroll Anime Awards 2025: Solo Leveling Dominasi Sebagai Anime Of The Year

May 26, 2025
Filem Animasi ‘KPop Demon Hunters’ Bakal Tayang di Netflix Mulai 20 Jun
Animasi

Filem Animasi ‘KPop Demon Hunters’ Bakal Tayang di Netflix Mulai 20 Jun

May 23, 2025
Reviu Ejen Ali The Movie 2 – Dari M.A.T.A ke Hati Penonton! (TANPA SPOILER)
Review

Reviu Ejen Ali The Movie 2 – Dari M.A.T.A ke Hati Penonton! (TANPA SPOILER)

  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd