Sebagai salah satu game free-to-play yang paling popular di dunia, memang tidak heran lah Warframe akan menerima adaptasi untuk platform mobile tidak lama lagi. Diumumkan semasa TennoCon 2022, pemaju Digital Extremes rasmi mengumumkan bahawa Warframe Mobile akan dilancarkan pada tahun depan di mana pre-order kini dibuka untuk iOS melalui App Store.
Dalam Warframe, pemain akan mengawal ahli-ahli Tenno, sejenis bangsa pahlawan purba yang bangkit daripada tidur selepas dari berabad-abad tidur. Kini jauh di masa depan Bumi, mereka terpaksa berperang dengan puak berbeza dalam Origin System.
Untuk jalan cerita, pemain boleh mengalami naratif sinematik Warframe yang merangkumi 5 expansion berasingan dan 30+ Quest berlainan. Temui kuasa dalam diri dan bermain sebagai salah satu daripada tiga Warframe original sebelum anda memulakan perjalanan, mengasah kemahiran dan mencari kebenaran di sebalik kebangkitan anda.


Setiap Tenno menggunakan sut Warframe berkuasa bersama dengan pelbagai senjata dan abiliti untuk menyelesaikan misi. Menurut pemaju, pemain boleh anda boleh memperoleh 40+ Warframe berbeza – setiap satu dengan set abiliti yang unik. Senjata awal memang lemah tetapi pemain mampu mencipta hingga. beratus-ratus senjata, kenderaan, dan rakan AI kuat. Eksperimen sehingga anda menemui kombinasi peralatan yang sesuai dengan gaya permainan anda.
Walaupun banyak misi dalam game menggunakan level yang dijana secara rawak, ia juga termasuk kawasan open world besar yang serupa dengan game MMO lain serta beberapa misi naratif khusus dengan reka bentuk level yang tetap.


Daripada segi gameplay Warframe termasuk elemen menembak dan pertempuran jarak dekat, elemen parkour dan eole-playing untuk membolehkan pemain memajukan Tenno mereka dengan peralatan yang semakin canggih. Game ini turut termasuk ciri Player versus Enviroment dan Player versus Player.
Untuk bermain multiplayer, pemain boleh membentukkan skuad bersama rakan-rakan dan dapatkan ganjaran bonus apabila menyelesaikan misi bersama-sama. Gunakan abiliti Warframe untuk menyembuhkan rakan, bantu mengalihkan tembakan musuh dan mencapai objektif anda. Jika tersekat pada cabaran tertentu, fungsi matchmaking dalam permainan memudahkan anda untuk berhubung dengan Tenno lain apabila anda memerlukan bantuan tambahan.
Disebabkan ini adalah game free-to-play, ia disokong oleh mikrotransaksi, yang membolehkan pemain membeli item menggunakan wang sebenar. Satu lagi tambahan menarik adalah Warframe Mobile akan menyokong ciri cross progression dan cross play di mana anda boleh bermain antara platform.

Bak kata pemaju, sesiapa yang berminat boleh pergi ke Warframe Mobile di Apple App Store dan pre-register dahulu pada iPhone, iPad dan peranti iOS lain. Game ini akan dilancarkan pada tahun depan.
Malangnya, pre-register masih belum dibuka untuk pasaran Malaysia dan kita tidak tahu lagi tarikh keluaran tepat. Satu lagi persoalan: “Adakah game ini akan keluar di Android?” Saya tidak pasti kerana tiada pengesahan oleh pemaju tetapi semoga game ini turut dikeluarkan untuk platform Android.
@gamersantaimy
Discussion about this post