Netmarble secara rasmi mendedahkan Seven Deadly Sins Origin hari ini di acara “Netmarble Together with Press”. Dilabel sebagai sekuel kepada game RPG gacha Seven Deadly Sins: Grand Cross, Netmarble memberitahu bahawa ada pelbagai kesukaran semasa mengadaptasikan skala Seven Deadly Sins yang besar dalam Grand Cross. Disebabkan itu, game baru ini dikatakan akan cuba “menangkap dunia manga/anime” dengan lebih baik dengan menyeluruh.
Korang boleh melihat teaser rasmi di bawah:
Menurut bahan sumber, Seven Deadly Sins Origin dibangunkan sebagai game open world, dengan kisah original. “Mari terokai dunia Britannia, dan mendalami plot cerita yang mengasyikkan”. Disebabkan ia adalah game open world, korang dapat bergerak dengan bebas dan meneroka ke mana sahaja yang korang mahu sambil mengambil bahagian dalam pertempuran menentang Demon.



Semasa awal-awal diumumkan, ramai yang menyamakan game ini dengan Genshin Impact, cuma bezanya adalah kita akan meneroka dunia sebagai watak-watak dari anime/manga popular. Seven Deadly Sins Origin dirancang untuk keluar di platform PC, mobile dan konsol, tetapi masih tidak pasti untuk konsol mana ia akan dikeluarkan dan jika semuanya dikeluarkan secara serentak.


Malangnya, itu sahaja info yang kami ada buat masa ini.
Manga The Seven Deadly Sins dicipta oleh Nakaba Suzuki pada Oktober 2012 dan tamat pada Mac 2020. Diadaptasikan kepada siri anime, korang boleh tonton Seven Deadly Sins musim 1 hingga musim terakhir di Netflix. Buat masa ini, sensei Suzuki juga sedang menghasilkan siri sekuel yang berlangsung 16 tahun selepas kekalahan Demon King berjudul Mokushiroku no Yon-kishi (The Four Knights of the Apocalypse) yang mengikuti watak bernama Percival bersama rakan-rakannya. Jadi, ada banyak lagi yang terjadi.
Untuk segala liputan kami tentang Seven Deadly Sins termasuk penjelasan ringkas tentang ending, sila tekan pautan ini.
Sumber – GB
@gamersantaimy
Discussion about this post