Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Game open-world Star Wars oleh Ubisoft dalam peringkat awal pembangunan!

Razin Syafiq by Razin Syafiq
February 10, 2021
in ARPG, Artikel, Berita, Open World
0 0
0
Game open-world Star Wars oleh Ubisoft dalam peringkat awal pembangunan!
Share on FacebookShare on Twitter

Seperti yang diumumkan pada bulan lalu, Star Wars secara rasmi telah menamatkan tempoh eksklusifnya dengan EA dan sekarang akan bekerjasama dengan pelbagai studio besar, bermula dengan Ubisoft. Diusahakan oleh Ubisoft Massive (The Division dan The Division 2), mereka sedang sibuk membuat game action open-world yang berlangsung dalam dunia Star Wars!

Gambar hiasan daripada Star Wars Jedi: Fallen Order

Walaupun ramai yang tidak sabar untuk cuba, game ini nampaknya masih dalam peringkat awal pembangunan. Disahkan melalui telesidang, Ketua Pegawai Eksekutif Ubisoft, Yves Guillemot, memberitahu bahawa game Star Wars ini tidak akan keluar dalam masa terdekat. Berikut adalah penjelasan lanjut oleh beliau:

“Kami sangat gembira dapat bekerjasama lagi dengan Lucasfilm Games. Projek ini akan dibantu oleh studio Massive yang akan memanfaatkan teknologi canggih mereka, termasuk enjin Snowdrop, untuk menyampaikan pengembaraan Star Wars yang sangat baru.

Kami sangat bangga dengan kerjasama ini, yang merupakan bukti kepimpinan dan kepakaran Ubisoft, terutama dalam membuat karya yang luar biasa. Ini adalah satu lagi bukti kemampuan kita untuk menjalin kerjasama dengan nama-nama besar di dunia hiburan dan teknologi.” -kata Yves Guillemot.

Gambar hiasan daripada Star Wars Jedi: Fallen Order

Guillemot juga menyatakan bahawa projek ini menarik banyak pemohon yang ingin mencuba game Star Wars ini. Beliau memberitahu:

“Di Lucasfilm, kami dapat mengatakan bahwa kita berada di tahap awal pembangunan permainan Star Wars. Untuk menjawab soalan anda dari segi pengambilan pekerja, ya, kami melihat banyak orang ingin mengambil bahagian dalam pengembaraan ini, dan ia adalah perkara yang sangat baik.”

Sayangnya, itu sahaja yang dikongsikan tentang game ini! Buat masa ini, tarikh pelancaran rasmi masih tidak diketahui, tetapi ia memang jelas bukan dalam masa terdekat. Adakah kita akan dengar lagi tentang game ini dalam bulan-bulan akan datang? Saya harap ya!

Sumber – GameSpot

Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy
Tags: Open Worldstar warsubisoft
Previous Post

CRASH BANDICOOT 4 akan datang ke konsol Nex-Gen Mac ini!

Next Post

[Review] Buat Chaos di Arena, saksikan kenderaan di sana sini dengan Destruction AllStars!

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

RGG Studio Memperkenalkan Semula Stranger Than Heaven, Dahulu Dikenali Sebagai Project Century
Berita

RGG Studio Memperkenalkan Semula Stranger Than Heaven, Dahulu Dikenali Sebagai Project Century

June 7, 2025
Onimusha: Way of the Sword Tampilkan Musuh Dalam Game & Aksi Combat Epik
Berita

Onimusha: Way of the Sword Tampilkan Musuh Dalam Game & Aksi Combat Epik

June 7, 2025
Mundfish Umum Atomic Heart II – Bakal Lancar Pada 2026 Untuk Konsol & PC
Berita

Mundfish Umum Atomic Heart II – Bakal Lancar Pada 2026 Untuk Konsol & PC

June 7, 2025
Next Post
[Review] Buat Chaos di Arena, saksikan kenderaan di sana sini dengan Destruction AllStars!

[Review] Buat Chaos di Arena, saksikan kenderaan di sana sini dengan Destruction AllStars!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan
Berita

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan

June 5, 2025
Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!
Animasi

Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!

June 4, 2025
Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’
Berita

Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’

June 3, 2025
Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026
Filem

Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026

June 2, 2025
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd