Webtoon terkenal, Tower of God akan melancarkan game mobile mereka secara global tidak lama lagi. NGELGAMES, pembangun untuk game mobile itu telah mengeluarkan trailer rasmi Tower of God M: The Great Journey, yang merupakan sebuah game RPG berdasarkan komik popular itu. Anda boleh menonton trailer tersebut di bawah.
Kepada anda yang tidak mengenali siri Tower of God, ia merupakan siri original yang diterbitkan melalui Webtoon dengan lebih daripada 6 Billion tontonan. Siri ini juga telah mendapat adaptasi anime tersendiri oleh Crunchyroll. Kalau anda ingin tahu, game ini telahpun dilancarkan di Korea dan kini akan tiba untuk pemain global. Ia juga antara game mobile yang popular di pasaran mobile Korea.

Buat masa ini tiada tarikh rasmi diumumkan tetapi Tower of God M: The Great Journey akan tiba pada musim sejuk tahun ini. Pra-daftar game akan dibuka pada Oktober ini. Jadi peminat boleh terus bermain apabila ia dilancarkan secara rasmi.
Dalam game mobile ini, anda akan dibawa semula ke penceritaan daripada komik dengan animasi yang berkualiti tinggi. Dalam trailer baru yang dikeluarkan, terdapat beberapa perkara yang telah didedahkan. Antaranya ialah:
- Sistem pertempuran dan kebolehan yang hebat
- Animasi cantik yang menceritakan semula kisah daripada webtoon
- Sistem kemahiran unik dan gaya tempur berdasarkan hubungan watak

Anda boleh mendapatkan maklumat lanjut mengenai game ini di laman web rasmi mereka. Untuk mendapatkan liputan lain mengenai Tower of God daripada kami, anda boleh klik pautan ini.
@gamersantaimy
Discussion about this post