Baru-baru ini, Capcom telah mengumumkan tarikh keluaran rasmi untuk Street Fighter: Duel, game mobile spinoff berdasarkan universe Street Fighter. Dibangunkan oleh TOPJOY dan Tencent Games dan dilokalisasikan oleh Crunchyroll Games, game ‘free-to-play’ ini akan dilancarkan untuk iOS dan Android pada 28 Februari 2023, di mana pre-register sedang dibuka sekarang.
Secara am, Street Fighter Duel adalah game mobile kasual, di mana pemain boleh mengumpul pelbagai watak daripada francais ikonik Street Fighter. Lebih 40 watak telah disahkan, termasuk Ryu, Chun-Li, Ken, Cammy, Guile, Juri dan M Bison. Daripada segi gameplay, pemain akan membentuk satu pasukan yang terdiri daripada tiga ‘fighter’ dan harus mengharungi pelbagai pasukan dan musuh lain.
Berlawan menggunakan sistem ‘real-time 3v3’ (sama seperti The King of Fighters ’98 Ultimate Match Online), posisi memainkan peranan penting di mana watak paling hadapan sekali akan berfungsi sebagai tank yang menyerap serangan musuh manakala rakan sepasukan di belakang bertanggungjawab untuk melakukan damage.

Street Fighter Duel juga menampilkan kisah baharu, di mana kita akan mengembara ke seluruh dunia untuk mendedahkan rancangan jahat sebuah konspirasi.
Selepas Shadaloo menghantar tentera klon Seth versi robot, ‘World Warriors’ diseru untuk mempertahankan dunia dan mengalahkan semua klon. Dalam proses, Ryu tiba-tiba didapati hilang.
Selepas jumpa pengikat ikat kepala rakannya, Ken kini mesti pergi mencari Ryu, dan juga merekrut beberapa pahlawan lain untuk membentuk satu pasukan bagi menjatuhkan Seth dan memusnahkan organisasi Shadaloo buat selama-selamanya.

Memandangkan ini adalah game mobile, beberapa ciri seperti ‘autoplay’ ditambah untuk memudahkan akses. Untuk pemain yang bersifat kompetitif, mode PvP turut wujud di mana anda boleh berlawan dengan pemain lain secara online untuk melihat siapa lebih hebat.
Jika berminat, pre-register dibuka sekarang untuk peluang memperoleh pelbagai bonus menarik sebelum pelancaran rasmi Street Fighter: Duel pada 28 Februari 2023 di iOS dan App Store.
Untuk membaca segala liputan kami tentang francais Street Fighter termasuk ansuran ke-6 akan datang, sila tekan pautan ini.
@gamersantaimy
Discussion about this post