Tahun 2022 baru bermula dan nampaknya kita mungkin akan dapat game lumba baru. Menurut khabar angin di internet, francais terkenal Need for Speed mungkin sedang menghasilkan entri baru. Tidak banyak yang didedahkan tetapi projek rahsia ini diberi nama “Need for Speed Online Mobile”.

Ditemui oleh seorang pengguna Reddit, laman Tencent Careers membuka jawatan kosong untuk “3D animator, game designer, design specialist” dan pengurus projek lain di cawangan Shanghai dan Shenzhen serta beberapa lokasi lular. Berikut adalah antara kenyataan rasmi yang kita boleh lihat dalam dokumen:
Anda akan bertanggungjawab untuk reka bentuk pelbagai mode untuk dunia permainan lumba realistik yang besar atau pengalaman perlumbaan 3C; menyusun pelbagai rancangan berkaitan reka bentuk dan senarai permintaan; membuat keputusan dan membuat susulan terhadap pelbagai tugas dalam proses R&D untuk memastikan komunikasi kumpulan yang lancar dan berkualiti; serta memantau, memajukan dan menganalisis data statistik, merumuskan rancangan pengoptimuman berdasarkan maklum balas dan data yang diterima serta membuat susulan ke atas pembangunan khusus.
Petikan kerja menurut Tencent.

Daripada gambar di atas, kita dapat melihat dengan jelas bahawa Tencent sedang mengusahakan 5 projek sekaligus. Salah satu projek diberi nama “Need for Speed Online Mobile” dan jika dilihat secara lebih terperinci, butiran kerja juga menjelaskan game ini bersifat “open world” dan menggunakan teknologi Unreal Engine 4. Selain itu, TiMi Studios akan menguruskan pembangunan game tersebut (logo mereka boleh dilihat di kiri atas gambar).

Setakat ini, EA selaku pemilik IP belum mengesahkan kewujudan Need for Speed Mobile dan kita hanya mampu menunggu maklumat lanjut daripada pihak mereka atau Tencent. Seperti yang kita semua tahu, TiMi adalah nama besar dalam industri gaming mobile dan telah menghasilkan banyak game AAA hebat seperti CoD Mobile, Pokemon Unite dan Arena of Valor.
Dengan pengalaman mereka, saya yakin kerjasama Tencent dan EA untuk projek Need for Speed Mobile akan sukses.
@gamersantaimy
Discussion about this post