Hari ini, Ubisoft dan Level Infinite mengumumkan bahawa mereka akan bekerjasama untuk membawakan game third-person shooter Tom Clancy’s The Division Resurgence kepada pemain mobile di Filipina, Thailand, Singapura, Kemboja, Indonesia dan Malaysia. Prapendaftaran akan dibuka tidak lama lagi di semua negara yang disebutkan, di kedua-dua Google Play Store dan Apple App Store.

Buat mereka yang tidak tahu, The Division Resurgence adalah game free-to-play third-person shooter RPG daripada francais Tom Clancy. Merupakan bab seterusnya dalam siri, Resurgence menampilkan jalan cerita baharu, watak-watak dan kelas berbeza serta kelompok musuh baharu. Rumusan adalah seperti berikut:

Pengalaman The Division di mobile – Kawalan dan user interface direka secara khusus untuk memastikan pengalaman yang lancar pada peranti mudah alih. Nikmati entri baharu dalam third-person shooter RPG terkenal ini dan game mode original yang berlangsung dalam dunia luas urban.
Jalan cerita serba baharu – Untuk pendatang baharu dan veteran, alami kempen player-versus-environment baharu. Jadilah sebahagian daripada ejen SHD pertama dan dapatkan perspektif unik tentang peristiwa sekitar The Division Tom Clancy dan The Division 2 Tom Clancy.

Open-world Luas dengan grafik berkualiti tinggi – Terokai dunia terbuka secara solo atau koperatif untuk bermain pelbagai aktiviti player-versus-environment, daripada story mission hingga ke aktiviti dunia. Bersiar-siar di sekitar bandar yang sangat terperinci dengan grafik yang menakjubkan.
Kumpul dan Upgrade pelbagai gear dan senjata – Loot, craft, mod dan upgrade gear untuk melawan musuh. Customize watak anda dengan pilihan senjata yang luas, semuanya di hujung jari!

Pilih Specialization anda supaya sesuai dengan gaya permainan sendiri – Naik level dan tingkatkan kemahiran untuk membuka senjata ikonik baharu dan alat unik. Tukar specialization dan tukar peranan anda pada bila-bila masa untuk mencuba abiliti baharu dan mencari sinergi terbaik bersama rakan-rakan.
Maklumat ujian beta
Sebagai tambahan, sebuah ujian beta serantau akan diadakan tidak lama lagi di Filipina, Thailand, Singapura, Kemboja, Indonesia dan Malaysia. Ujian ini akan tersedia untuk dimuat turun di Google Play Store sahaja.
Buat masa ini, itu sahaja yang diumumkan tetapi pemain yang berminat untuk menyertai ujian beta The Division Resurgence digalakkan untuk mengikut media sosial rasmi mereka untuk berita dan pengumuman lanjut.
Baca segala berita kami tentang The Division Resurgence di SINI.
@gamersantaimy
Discussion about this post