Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Game battle royale PUBG: NEW STATE akan dilancarkan di iOS & Android pada 11 November!

Razin Syafiq by Razin Syafiq
October 22, 2021
in Android, Artikel, Battle Royale, Berita, iOS, Mobile
0 0
0
Game battle royale PUBG: NEW STATE akan dilancarkan di iOS & Android pada 11 November!
Share on FacebookShare on Twitter

Semasa pameran terbaru, KRAFTON, Inc. (pencipta PUBG: BATTLEGROUNDS) mengumumkan bahawa PUBG: New State secara rasmi akan dilancarkan di iOS dan Android di seluruh dunia pada 11 November berikutan Ujian Teknikal terakhir.

Dibangunkan oleh PUBG Studios, syarikat sama yang mencipta PUBG untuk PC dan konsol, PUBG: New State akan dilancarkan sebagai game mobile “free-to-play” dalam 17 bahasa yang berbeza. Ditetapkan pada tahun 2051, game ini “sepatutnya” akan menawarkan pengalaman gaming battle royale yang sama seperti di PC untuk iOS dan Android, lantas menjadikannya salah satu judul mobile paling realistik dan maju dari segi teknologi.

Menurut Produser Eksekutif, Minkyu Park, New State menggunakan teknologi rendering canggih dan sistem gunplay setaraf dengan apa yang ada dalam versi PC PUBG:
BATTLEGROUNDS. Selain itu, kualiti grafik PUBG: NEW STATE melangkaui batasan untuk apa yang boleh dilakukan di platform mobile sebelum ini.

Pada masa yang sama, KRAFTON juga mendedahkan rancangan pasca pelancaran mereka untuk PUBG: New State, yang merangkumi sejumlah kandungan baru, perkhidmatan sokongan global yang kuat dan konsisten, dan langkah-langkah anti-cheat.

  • Ciri-ciri dan kandungan permainan telah dibincangkan oleh Pengarah Kreatif, Daehun Kim di mana menyatakan bahawa New State ingin mengembangkan lagi genre battle royale melalui weapon customization, kedai drone dan sistem “player recruitment” yang unik. Apabila dilancarkan, game ini akan mempunyai empat peta unik, termasuk Troi (yang lebih futuristik) dan Erangel.
  • Strategi anti-cheat KRAFTON untuk mewujudkan persekitaran permainan yang selamat dan adil juga diperkenalkan. Ketua Unit Anti-cheat, Sangwan Kim dari PUBG Studios, menyatakan bahawa KRAFTON akan melarang penggunaan program, emulator, papan kekunci dan tetikus, secara akan mengesan dan menghalang segala jenis hack untuk membendung isu menipu serta melindungi kod permainan. Selain daripada isu teknikal, maklum balas komuniti akan dikaji dengan teliti, melalui kemas kini dalam permainan.

Buat masa ini, PUBG: New State telah mempunyai lebih dari 50 juta pra-pendaftaran di iOS dan Android, Jika anda peminat PUBG tapi masih belum pra-daftar, lakukan sekarang untuk memperolehi pelbagai ganjaran istimewa apabila game ini dilancarkan secara rasmi pada 11 November 2021.

Untuk segala liputan kami tentang PUBG, sila tekan pautan ini.

Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy
Tags: battle royaleKRAFTONMobilePUBG: New State
Previous Post

Among the Sleep – Permainan horror percuma di Epic Games!

Next Post

Pearl Abyss dan CCP Games mengadakan jualan besar-besaran di Steam!

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

Survival Kids Kini Dilancarkan, Eksklusif di Nintendo Switch 2
Berita

Survival Kids Kini Dilancarkan, Eksklusif di Nintendo Switch 2

June 6, 2025
Nantikan Acara Demon Slayer Experience Di Malaysia, Bermula 28 Jun Di Pavilion Bukit Jalil!
Anime

Nantikan Acara Demon Slayer Experience Di Malaysia, Bermula 28 Jun Di Pavilion Bukit Jalil!

June 6, 2025
Manga Kaiju No. 8 Bakal Tamat Dalam 2 Bab Lagi
Anime

Manga Kaiju No. 8 Bakal Tamat Dalam 2 Bab Lagi

June 6, 2025
Next Post
Pearl Abyss dan CCP Games mengadakan jualan besar-besaran di Steam!

Pearl Abyss dan CCP Games mengadakan jualan besar-besaran di Steam!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan
Berita

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan

June 5, 2025
Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!
Animasi

Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!

June 4, 2025
Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’
Berita

Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’

June 3, 2025
Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026
Filem

Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026

June 2, 2025
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd