Bandai Namco bersama pembangun Ganbarion telah mengesahkan bahawa Dragon Ball: Gekishin Squadra — yang sebelum ini dikenali sebagai Dragon Ball Project: Multi — akan dilancarkan sebagai game team-based battle yang percuma untuk dimainkan.
Pada awalnya diumumkan hanya untuk PC (Steam), iOS dan Android, judul ini kini turut disahkan akan hadir di PlayStation 5, PlayStation 4 serta Nintendo Switch, lengkap dengan sokongan penuh untuk crossplay dan cross-save. Ujian rangkaian terbuka dijadualkan berlangsung di semua platform dari 12 Jun hingga 16 Jun 2025.
Sebagai percubaan pertama francais Dragon Ball dalam genre MOBA, Gekishin Squadra mengetengahkan pertempuran sengit empat lawan empat. Pemain akan dapat mengawal pelbagai watak ikonik daripada dunia Dragon Ball dan menggunakan kuasa mereka yang dahsyat untuk merebut objektif serta menumpaskan musuh.
Sepanjang perlawanan, setiap watak akan menjadi lebih kuat dan memperoleh akses kepada serangan serta kebolehan luar biasa seperti Divine Draw — sistem peraturan rawak yang boleh mengubah dinamik pertempuran — dan Gekishin Burst, serangan eksklusif yang hanya boleh digunakan oleh watak Gods of Destruction.

Untuk memperkaya elemen strategi permainan, watak-watak dibahagikan kepada beberapa peranan utama. Watak jenis Damage menumpukan kepada serangan agresif untuk menjatuhkan musuh secara langsung. Watak Tank pula direka untuk bertahan lama di medan, menyerap serangan dan memastikan kawasan kekal di bawah kawalan pasukan.
Sementara itu, watak jenis Technical memainkan peranan sokongan yang serba boleh — meningkatkan keupayaan rakan sepasukan dan mengacau strategi lawan demi membuka ruang kemenangan.

Elemen Customization turut menjadi tumpuan utama. Pemain boleh menghias watak kegemaran mereka dengan skin khas, animasi kemunculan dan animasi penamat unik, sekaligus memberi ruang kepada setiap pemain untuk menonjolkan gaya tersendiri serta rasa cinta mereka terhadap dunia Dragon Ball.

Untuk maklumat lebih lanjut mengenai peraturan permainan dan peranan watak, layari laman web rasmi Dragon Ball: Gekishin Squadra di SINI.
@gamersantaimy
Discussion about this post