Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Game MMO Digimon Super Rumble akan keluar Nov 2021 di Korea!

Razin Syafiq by Razin Syafiq
October 2, 2021
in Anime, Artikel, Berita, MMO, PC
0 0
0
Game MMO Digimon Super Rumble akan keluar Nov 2021 di Korea!
Share on FacebookShare on Twitter

Pada bulan Jun lalu, kami telah berkongsi tentang sebuah game anime MMO baru, iaitu Digimon Super Rumble yang bakal dilancarkan untuk para peminat di Korea. Game tersebut dibangunkan oleh syarikat Move Games (Korea) yang sebenarnya terkenal sebagai salah satu studio hebat yang bertanggungjawab membuat game berlesan untuk francais Digimon. Antara hasil ciptaan mereka adalah: Digimon RPG (PC) pada 2002, Digimon Masters (PC) pada 2009, dan Digimon Soul Chaser (mobile) pada 2018.

Baru diumumkan semalam, tarikh pelepasan untuk Digimon Super Rumble akhirnya didedahkan dan akan jatuh pada November 2021. Berikut adalah treler untuk mempromosikan berita baik ini:

Game ini dibangunkan dengan Unreal Engine 4 dan dikatakan “mempunyai naratif sama yang diilhamkan dari siri asal”, iaitu Digimon Adventure. Malah, peminat boleh bermain dengan watak-watak asal, iaitu Taichi dan Agumon dalam game MMO ini. Walaupun tidak ditunjukkan dalam treler di atas, sistem pertempuran Digimon Super Rumble berunsur “turn-based”, dan lebih mirip kepada Digimon RPG (juga dikenal sebagai Digimon Battle Online). Selain itu, mekanik baru yang dikenali sebagai “Burst Skill” akan ditambahkan ke setiap serangan Digimon.

Dalam artikel sebelum, kami berkongsi beberapa screenshot termasuk logo Digimon Super Rumble, visual Patamon bersama “player character” serta pemandangan in-game Agumon bersama Patamon sedang bertarung dengan Devimon. Terdapat juga screenshot kesemua 7 Digimon dari siri anime bersama Gennai sedang melihat matahari terbenam.

RelatedPosts

Permohonan Dana e-Sukan KBS 2025 Kini Dibuka, Jumlah Peruntukan Sebanyak RM1.5 juta

Capcom Umum Monster Hunter Wilds Design Contest, Inilah Peluang Anda Untuk Pamer Kreativiti!

Reviu Survive the Fall – Survival Taktikal Yang Penuh Potensi, Tapi Belum Sempurna

Beberapa screenshot untuk Digimon Super Rumble telah dikongsikan, dengan menunjukkan logo game, visual Patamon bersama karakter game serta pemandangan in-game Agumon bersama Patamon bertarung dengan Devimon. Terdapat juga gambaran kesemua 7 Digimon peneman dari siri Adventure bersama Gennai berdiri melihat matahari terbenam di tempat tinggi.

Buat masa ini, kita hanya diberitahu bahawa Digimon Super Rumble akan dilancarkan di Korea sahaja, dengan tarikh pelepasan pada November 2021. Mereka tidak memberitahu jika game ini akan dikeluarkan sekali untuk seluruh dunia, tetapi kalau ya, memang ramai lah peminat Digimon di Malaysia yang gembira. Sementara menunggu pengumuman seterusnya dari Move Games, korang boleh membaca segala liputan kami berkaitan Digimon dengan menekan pautan ini.

Sumber – Move Games

Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy
Tags: digimonDigimon Super RumblekoreammoPC
Previous Post

[ TGS 2021 ] Tencent Games telah mendedahkan maklumat baru untuk Alchemy Stars, Code: D-Blood, Seint Seiya & Manasis Refrain!

Next Post

[TGS 2021] Shikabane Kurai no Bouken Meshi – Game RPG terbaru dari pembangun Disgaea!

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

Permohonan Dana e-Sukan KBS 2025 Kini Dibuka, Jumlah Peruntukan Sebanyak RM1.5 juta
Esports

Permohonan Dana e-Sukan KBS 2025 Kini Dibuka, Jumlah Peruntukan Sebanyak RM1.5 juta

June 4, 2025
Capcom Umum Monster Hunter Wilds Design Contest, Inilah Peluang Anda Untuk Pamer Kreativiti!
Berita

Capcom Umum Monster Hunter Wilds Design Contest, Inilah Peluang Anda Untuk Pamer Kreativiti!

June 4, 2025
Reviu Survive the Fall – Survival Taktikal Yang Penuh Potensi, Tapi Belum Sempurna
Review

Reviu Survive the Fall – Survival Taktikal Yang Penuh Potensi, Tapi Belum Sempurna

Next Post
[TGS 2021] Shikabane Kurai no Bouken Meshi – Game RPG terbaru dari pembangun Disgaea!

[TGS 2021] Shikabane Kurai no Bouken Meshi - Game RPG terbaru dari pembangun Disgaea!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Anime ‘Takopi’s Original Sin’ Bakal Ditayangkan 28 Jun 2025
Anime

Anime ‘Takopi’s Original Sin’ Bakal Ditayangkan 28 Jun 2025

May 26, 2025
Crunchyroll Anime Awards 2025: Solo Leveling Dominasi Sebagai Anime Of The Year
Anime

Crunchyroll Anime Awards 2025: Solo Leveling Dominasi Sebagai Anime Of The Year

May 26, 2025
Filem Animasi ‘KPop Demon Hunters’ Bakal Tayang di Netflix Mulai 20 Jun
Animasi

Filem Animasi ‘KPop Demon Hunters’ Bakal Tayang di Netflix Mulai 20 Jun

May 23, 2025
Reviu Ejen Ali The Movie 2 – Dari M.A.T.A ke Hati Penonton! (TANPA SPOILER)
Review

Reviu Ejen Ali The Movie 2 – Dari M.A.T.A ke Hati Penonton! (TANPA SPOILER)

  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd