Boleh diakui sebagai game buatan China yang paling dinanti-nantikan pada masa ini, studio Game Science akhirnya mengumumkan bahawa aksi RPG Black Myth: Wukong akan dilancarkan untuk PlayStation 5, Xbox Series dan PC melalui Steam dan Epic Games Store pada 20 Ogos 2024.
Mereka turut menyertakan trailer istimewa di samping pengumuman itu:
Seperti saya kata di tajuk, Black Myth: Wukong ialah aksi RPG tindakan yang berasaskan mitologi Cina. Diinspirasikan oleh kisah Journey to the West, salah satu daripada Empat Novel Klasik Besar dalam Kesusasteraan Cina, kita akan bermain sebagai Destined One (Sun Wukong) yang harus menerokai cabaran di hadapan, demi mendedahkan kebenaran yang tersorok di bawah tabir legenda dan mitos dari masa lalu.

Terokai Tanah yang Luas Keajaiban – Dunia yang tidak kelihatan, di mana pemandangan baharu akan sentiasa timbul dengan setiap langkah. Masuk ke alam menarik yang dipenuhi dengan keajaiban dan penemuan mitologi Cina purba. Sebagai Destined One, anda akan menerokai landskap menakjubkan dalam kisah klasik Journey to the West, untuk mencipta pengembaraan epik baharu.

Hadapi Musuh Perkasa, Lama dan Baru – Musuh bangkit untuk menguji namanya. Salah satu sorotan utama Journey to the West adalah barisan musuhnya yang pelbagai, masing-masing dengan kekuatan yang unik. Sebagai Destined One, anda akan menghadapi musuh yang kuat dan sengit sepanjang perjalanan. Hadapi mereka tanpa rasa takut dalam pertempuran epik tanpa menyerah.

Mahirkan Diri dalam Pelbagai Sihir – Sihir, transformasi dan alat ajaib dalam pelbagai bentuk telah lama menjadi elemen pertempuran ikonik dalam mitologi Cina. Sebagai Destined One, selain daripada menguasai pelbagai teknik pertarungan, anda juga boleh secara bebas menggabungkan sihir, abiliti, senjata dan peralatan berbeza untuk mencari formula kemenangan yang paling sesuai dengan gaya tempur anda.

Kisah Menyentuh Hati Di Sebalik Setiap Makhluk – Setiap jenis makhluk mempunyai kisah kehidupan. Di sebalik keganasan dan kelicikan musuh, terdapat cerita yang menarik tentang asal usul, personaliti dan motivasi mereka yang menunggu untuk didedahkan. Sebagai Destined One, anda akan merungkaikan kisah di sebalik perwatakan mereka, bertarung dengan mereka, dan alami cinta, kebencian, ketamakan dan kemarahan yang mereka miliki dan membawa bersama mereka.
Black Myth: Wukong akan dilancarkan untuk PlayStation 5, Xbox Series dan PC melalui Steam dan Epic Games Store pada 20 Ogos 2024.
Dapatkan segala berita kami tentang TGA di SINI!
@gamersantaimy
Discussion about this post