Okay inilah antara berita yang paling kami sedih kali ini. Dengan bertahun-tahun menantikan kesinambungan Left 4 Dead, apabila dah dilancarkan tahun lalu yang ianya sepatut di pasaran Jun ini, kenalah sekali lagi menantikannya… Iya, apa yang dimaksudkan oleh kami adalah anda perlu menunggu sedikit lebih lama daripada yang diharapkan untuk memainkan pengganti Left 4 Dead oleh Turtle Rock Studio. Studio ini dan penerbit Warner Bros. Interactive Entertainment secara rasmi menyatakan penembak zombie berasaskan pasukan Back 4 Blood nampaknya ditangguhkan dari 22 Jun sehingga 12 Oktober.
— Back 4 Blood (@back4blood) March 25, 2021
“Turtle Rock Studios bekerja keras untuk menjadikan Back 4 Blood permainan terbaik yang mungkin dapat dilancarkan dan pasukan memerlukan lebih banyak masa untuk melakukan ini,” menurut pemaju.
Turtle Rock Studio dan Warner Bros juga mengumumkan akan ada beta terbuka pada musim panas ini, jadi anda dpat mengalaminya sendiri dan mungkin akan mendapatkannya lebih awal. Back 4 Blood akan hadir ke PlayStation 4, PS5, Xbox One, Xbox Series X / S dan PC.
Perkembangan Back 4 Blood buat masa kini nampaknya berjalan dengan lancar dari awal pengumumannya pada tahun 2019. Disember lalu, turut ada ujian alpha tertutup yang memperlihatkan beberapa gameplay yang serupa dengan Left 4 Dead klasik, diberi nafas generasi baru dan beberapa perubahan mengenai formula yang dilemparkan.
Sudah semestinya, permainan Back 4 Blood bukanlah satu-satunya permainan paling dinantikan yang ditangguhkan dalam beberapa bulan berlalu ini. Seperti yang terbaru, Gotham Knights yang diumumkan penangguhannya minggu lalu sehingga tahun 2022, serta pekara sama terjadi pada Vampire: The Masquerade – Bloodlines 2 ditangguhkan juga disebabkan pengurusan yang melibatkan studio asal Hardsuit Labs.
Penangguhan ini sebenarnya bukan disengajakan, sejak tahun lalu banyak pemaju permainan menangguhkan permainan mereka disebabkan pandemik COVID-19 yang masih berlangsung. Lagi satu, sudah tentu setiap pemaju ingin memberikan yang terbaik dalam garis masa sebelum pelancaran rasmi. Apa-apa pun, kami akan terus kongsikan semua info mengenai Back 4 Blood kepada anda ok! Jadi apa pula pendapat anda dengan penangguhan ini? Harap betul-betul lah tahun ini juga keluar kan!

@gamersantaimy
Discussion about this post