Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Game Malaysia, Re:Legend menampilkan gameplay co-op multiplayer! Pelancaran rasmi akan datang!

Razin Syafiq by Razin Syafiq
August 27, 2021
in Artikel, Berita, Multiplayer, PC, PS4, Steam, Tempatan
0 0
0
Game Malaysia, Re:Legend menampilkan gameplay co-op multiplayer! Pelancaran rasmi akan datang!
Share on FacebookShare on Twitter

Game co-op ARPG  yang dihasilkan oleh studio Malaysia Magnus Games, Re:Legend, telah melancarkan trailer baru yang menunjukkan gameplay 4-player multiplayer di acara Gamescom 2021 pagi tadi. Setelah sebulan mendiamkan diri, Re:Legend nampaknya akan keluar dari versi akses awal dan bakal dilancarkan secara rasmi untuk semua orang mencuba dalam kemas kini seterusnya.

Seperti yang saya kata di atas, Magnus Games dan 505Games akan melancarkan permainan tidak lama lagi. Oleh itu, mereka telah mengeluarkan video Re:Legend baru yang menampilkan mod “4-player online co-op” supaya semua orang mendapat gambaran yang lebih jelas tentang aspek multiplayer. Setelah menerima respon dari komuniti, ciri ini telah diperbaiki dan pihak produksi bersetuju bahawa mereka patut menunjukkan kemajuan permainan supaya peminat tahu perkembangan semasa.

Sokongan “controller” pada versi Steam juga berfungsi dengan lancar tetapi tidak meliputi 100% semua kawalan. Dalam kemas kini terbaru, Magnus Games sudahpun menerapkan sokongan penuh pada kawalan “controller” dan kini diserahkan kepada pasukan QA untuk fasa ujian. Jika semua berjalan lancar, mereka akan beralih ke fasa ujian terakhir untuk versi konsol permainan. Walaupun nampak lancar setakat ini, Magnus Games masih akan menguji permainan untuk memastikan tidak ada apa-apa isu atau masalah teknikal, terutama untuk versi konsol.

RelatedPosts

RGG Studio Memperkenalkan Semula Stranger Than Heaven, Dahulu Dikenali Sebagai Project Century

Onimusha: Way of the Sword Tampilkan Musuh Dalam Game & Aksi Combat Epik

Mundfish Umum Atomic Heart II – Bakal Lancar Pada 2026 Untuk Konsol & PC

Mereka juga meminta peminat supaya jangan bimbang kerana tarikh pelancan masih akan dicapai. Berikut adalah beberapa screenshot dari update baru:

Itu sahaja untuk kemas kini terbaru Re:Legend. Tarikh pelancaran rasmi akan diumumkan pada update seterusnya dan saya harap ia akan keluar dalam masa terdekat. Sekiranya anda mencuba permainan ini, jangan ragu-ragu untuk menghubungi Magnus Games supaya kita sama-sama dapat terus meningkatkan mutu Re: Legend! Support local content!

Untuk segala liputan kami tentang Re:Legend, sila tekan pautan ini.

Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy
Tags: GameplayGamescom 2021Magnus GamesMalaysiamultiplayerRe:Legend
Previous Post

[UPDATE] Comel!! Animal Crossing x PUMA Wild Rider nampaknya akan tiba!

Next Post

Kolaborasi Skechers x One Piece kembali! Versi 2021 yang pasti buat anda tergodalah!

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

RGG Studio Memperkenalkan Semula Stranger Than Heaven, Dahulu Dikenali Sebagai Project Century
Berita

RGG Studio Memperkenalkan Semula Stranger Than Heaven, Dahulu Dikenali Sebagai Project Century

June 7, 2025
Onimusha: Way of the Sword Tampilkan Musuh Dalam Game & Aksi Combat Epik
Berita

Onimusha: Way of the Sword Tampilkan Musuh Dalam Game & Aksi Combat Epik

June 7, 2025
Mundfish Umum Atomic Heart II – Bakal Lancar Pada 2026 Untuk Konsol & PC
Berita

Mundfish Umum Atomic Heart II – Bakal Lancar Pada 2026 Untuk Konsol & PC

June 7, 2025
Next Post
Kolaborasi Skechers x One Piece kembali! Versi 2021 yang pasti buat anda tergodalah!

Kolaborasi Skechers x One Piece kembali! Versi 2021 yang pasti buat anda tergodalah!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan
Berita

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan

June 5, 2025
Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!
Animasi

Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!

June 4, 2025
Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’
Berita

Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’

June 3, 2025
Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026
Filem

Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026

June 2, 2025
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd