Baki: King of Souls adalah game mobile akan datang berdasarkan siri manga/anime dengan nama yang sama. Bermula sebagai projek sempena sambutan ulang tahun ke-30, ia diumumkan secara rasmi di acara siaran langsung. Ini bukan game mobile Baki yang pertama, kerana Bandai Namco Entertainment sebelum ini telah mengeluarkan Baki the Grappler: Ultimate Championship pada tahun 2017. Malangnya, ia terpaksa ditutup pada Mac 2019 kerana tidak menerima sambutan.
Baki: King of Souls adalah “free-to-play”, tetapi seperti biasa, mempunyai pembelian dalam aplikasi. Dilabel sebagai “fighting game”, pada masa ini dijangkan untuk dilancarkan pada 2022 di platform Android dan iOS, hanya untuk Jepun setakat ini di mana watak daripada Baki dan Baki Hanma akan membuat kemunculan.
Kedua-dua siri anime tersebut pada masa ini tersedia untuk ditonton melalui Netflix, jika korang fingin mengenali watak-wataknya terlebih dahulu.
Maklumat sebenar tentang game ini masih sangat terhad, tetapi menurut akaun Twitter rasmi, mereka akan berkongsi preview untuk beberapa playable character menjelang pelancaran. Ia belum mempunyai laman web rasmi, jadi diminta supaya peminat terus memerhatikan akaun Twitter untuk maklumat lanjut.
Pada masa hadapan, beberapa produk dan kempen lain juga akan diadakan untuk meraikan ulang tahun ke-30 Baki. Contohnya, set Pop Up Parade yang menampilkan Baki, Doppo dan Kaoru kini tersedia untuk pra-pesan melalui Good Smile Company.

Baki The Grappler bermula sebagai manga pada tahun 1991, dan dicipta oleh artis Keisuke Itagaki. Ia mengisahkan seorang lelaki muda yang ayahnya dianggap sebagai pahlawan terkuat di dunia. Dalam usaha untuk mengatasi ayahnya, Baki menjalani latihan sukar dengan melawan pelbagai jenis individu seperti raksasa yeti, gangster yakuza, bekas askar dan lain-lain.
@gamersantaimy
Discussion about this post