Game terbaru yang memaparkan gergasi terkenal, Skull Island: Rise of Kong telah pun dilancarkan. Berharga RM 88, mungkin ada yang menganggap ianya sebuah game yang baik. Ternyata ia tidak berbaloi langsung sehinggakan ada pemain yang mengatakan game tersebut sebagai “scam”. Game itu juga kini dianggap sebagai game paling teruk untuk tahun 2023.

Dikongsikan oleh RickDaSquirrel di X, dia telah menunjukkan cutscene sebenar daripada game Skull Island: Rise of Kong. Bersama klip tersebut, dia turut memberitahu orang lain supaya tidak membeli game King Kong tersebut. Anda boleh lihat klip tersebut di bawah.
Perkongsiannya itu telah menjadi viral di media sosial membuatkan ramai lagi pemain lain yang mengongsikan klip masing-masing. Nampaknya warganet bersetuju bahawa game itu sememangnya tidak padan dengan harganya yang tinggi tetapi hasilnya tidaklah berkualiti.
Rata-rata review yang diberikan pada halaman game tersebut merupakan komen negatif daripada pemain yang membeli game tersebut.

Ramai juga yang membandingkan game itu dengan game King Kong PS2 yang nampaknya jauh lebih baik berbanding game baharu ini. Sudah tentu ramai yang tertanya-tanya mengapa penerbit, GameMill Entertainment mengeluarkan game sebegitu. Mereka juga tidak mengeluarkan sebarang kenyataan mengenainya.
Skull Island: Rise of Kong dibangunkan oleh IguanaBee dan tersedia di PlayStation 5, PlayStation 4, Xbox Series, Xbox One, Nintendo Switch dan PC melalui Steam. Untuk mendapatkan berita lain mengenai game daripada kami, boleh klik pautan ini.
@gamersantaimy
Discussion about this post