Trading Card Game ataupun TCG memang popular dalam kalangan pemain tabletop. Antara TCG yang popular ialah Magic the Gathering, Heartstone dan Yu-Gi-Oh. Ada satu lagi TCG yang banyak dimainkan iaitu Cardfight!! Vanguard. Sejak diperkenalkan pada 2011, ia telah mengambil hati ramai pemain kerana ianya mudah untuk dipelajari dan dimainkan. Malah terdapat siri anime pula. Lebih menarik sekali, kad game untuk Cardfight Vanguard akan tersedia dengan versi Bahasa Melayu!

Bushiroad telah berkolaborasi dengan Dango Pte Ltd untuk melepaskan Cardfight!! Vanguard dalam versi Bahasa untuk pemain di Malaysia, Indonesia dan Brunei. Kad ini telah pun dijual pada 23 September yang lalu dan satu langkah yang baik untuk memperluaskan kelompok pemain di rantau ini.
Buat sementara ini hanya 5 starter deck yang tersedia dalam Bahasa iaitu Dragon Empire, Dark States, Keter Sanctuary, Stoicheia dan Brandt Gate. Setiap deck tersebut mempunyai 50 kad yang mempunyai kebolehannya tersendiri. Kad upgrade pula akan dilancarkan pada 7 Oktober ini iaitu “Booster Set 01: Kemunculan 5 Negara Terhebat”.

Alang-alang sudah ada dek dalam Bahasa, Dango Pte Ltd mempunyai rancangan untuk mengadakan acara bermain Cardfight Vanguard untuk Malaysia, Brunei dan Indonesia. Dengan ini pemain dapat bertarung dengan pemain Vanguard lain dalam Nasional Vanguard di Malaysia dan Indonesia yang dijangkakan berlangsung pada hujung tahun ini. Pelbagai hadiah hebat juga tersedia untuk pemenang.

Bercerita tentang harga, starter deck dijual dengan harga RM 20 setiap satu manakala booster pack pula berharga RM 8. Jadi kepada anda yang ingin membeli Cardfight Vanguard Bahasa, boleh pergi ke kedai pengedar yang sah. Anda boleh melihatnya melalui laman web game atau akaun media sosial untuk maklumat lanjut. Untuk mendapatkan liputan lain mengenai TCG daripada kami, sila klik pautan ini.
@gamersantaimy
Discussion about this post