Saber Interactive dan iLLOGIKA, bersama EP1T0ME, telah mengumumkan pembangunan A Quiet Place, sebuah game “single-player, story-driven horror adventure berdasarkan francais filem dengan nama yang sama oleh Paramount Pictures. Ia akan dilancarkan pada 2022.
Berikut adalah gambaran keseluruhan permainan, melalui Saber Interactive:

Permainan video rasmi pertama berlatarkan dunia A Quiet Place yang menakutkan akan menyampaikan kisah dan gameplay asli yang penuh dengan saspens, emosi dan drama menarik yang membuatkan siri ini terkenal.
Permainan ini sedang dibangunkan oleh iLLOGIKA, studio yang berpangkalan di Montreal dengan bakat veteran daripada francais Rainbow Six dan Far Cry , dan diterbitkan oleh Saber Interactive, yang terkenal di sebalik permainan popular World War Z dan Evil Dead: The Game akan datang.
Ketua penerbitan Sabre Interactive, Todd Hollenshead kata: “Kejayaan hebat filem A Quiet Place jelas menunjukkan bahawa penonton inginkan lebih banyak pengembaraan di dunia ini dan iLLOGIKA akan mencipta pengalaman menarik sendiri yang benar-benar sesuai dengan IP kesayangan ini.
Kami berbangga untuk menyatakan bahawa A Quiet Place adalah permainan pertama yang akan kami keluarkan oleh studio luaran daripada label penerbitan Sabre yang semakin berkembang.”

Apa yang saya boleh kata adalah A Quiet Place merupakan filem seram yang sesuai untuk diadaptasikan kepada permainan video. Ideanya memang mudah di mana akan ada raksasa yang memburu pemain berdasarkan bunyi jadi mereka yang terselamat di dunia ini perlu diam untuk teruskan bertahan hidup.
Itu yang membuatkannya sesuai dengan genre survival horror di mana stealth adalah elemen utama. Bagi mereka yang suka gameplay seperti Resident Evil, jangan letak harapan tinggi kerana ini tidak mungkin akan menjadi permainan penuh aksi di mana kita membunuh makhluk asing.

Itu sahaja yang diumumkan buat masa ini, tetapi maklumat lanjut tentang game A Quiet Place akan diumumkan kemudian pada tahun 2021. Jika anda ingin tahu lebih lagi, sila lawati laman web mereka di sini.
Untuk segala liputan kami tentang game seram, sila tekan pautan ini.
@gamersantaimy
Discussion about this post