Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Game Fighting Flappy Bird Terbaik?

Biar betul

Jade Ice by Jade Ice
May 5, 2019
in Artikel, Berita, iOS, Mobile
0 0
0
Game Fighting Flappy Bird Terbaik?
Share on FacebookShare on Twitter

Masihkah anda ingat game Flappy Bird, sebuah game mudah alih yang terkenal pada 2014? Penciptanya Dong Nguyen telah menariknya daripada App Store hanya sebulan selepas penerbitannya tetapi legasi game ini telah mempengaruhi pembangunan game mudah alih hingga ke hari ini.

Terkini, Flappy Fighter telah dikeluarkan secara percuma di iOS App Store pada 2 Mei dan merupakan aplikasi terkini yang mendapat inspirasi daripada game tersebut.

Image result for Flappy Fighter

Flappy Fighter juga merupakan permainan yang mudah. Dalam game ini, ia memberikan burung daripada Flappy Bird badan yang berotot dan gerakan-gerakan yang menyamai game Street Fighter. Persembahan keseluruhan game ini sangat licin, dan mengandungi segala kandungan daripada game arked lama seperti splash skrin dan animasi K.O. yang melampau.

Semestinya Flappy Fighter bukannya game fighting pertama untuk platform mudah alih. Sebelum ini Marvel vs Capcom 2 dan Soulcalibur juga ada memasuki platform ini dengan kejayaan yang berbeza. Matlamat utama adalah untuk memberikan keselesaan kepada pemain untuk mengawal watak mereka dengan kawalan sentuh platform mudah alih. Flappy Fighter memudahkannya dengan hanya ada gerakan ke depan dan ke belakang; berbanding 2 game yang disebutkan awal tadi kerana mereka menggunakan virtual joystick.

Serangan dalam Flappy Fighter juga dipermudah, dengan 4 butang virtual yang dikhaskan untuk gerakan tertentu. Contohnya butang 1 akan melancarkan serangan Tatsumaki, serangan helikopter kaki Ryu dan Ken. Jadi, 4 butang bermakna 4 serangan istimewa telah di mudahkan.

Walaupun antaramukanya dipermudahkan, masih terdapat sedikit kompleksiti dalam sistem pertempuran game ini. Dengan menekan butang jumping attack dan butang 1, Flappy akan membuat serangan itu di udara. Serangan projectile akan menjadi tumbukan biasa sekiranya berada dekat dengan lawan, menekannya dua kali akan menghasilkan bebola api. Pelbagai kombo dapat dilakukan walaupun ianya game yang sangat mudah.

Yang tidak menariknya adalah hanya mod training yang ada. Mod yang lain hanyalah berlawan dengan Flappy yang dikawal oleh komputer. Juga pada masa ini, hanya Flappy sahaja yang boleh dimainkan. Tidak ketinggalan, ciri permainan atas talian juga tidak kelihatan.

Flappy Fighter sememangnya satu adaptasi genre fighting yang menarik untuk platform mudah alih. Dengan kawalan yang responsif dan mudah, ia memberikan keseronokan dan cabaran kepada pemain yang gemar menerokai kombinasi serangan dan combo.

Mari kita sama-sama nantikan apakah game ini bakal mendapat kandungan lagi pada masa hadapan.

Sumber: kotaku

Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy
Tags: flappy birdflappy fighteriOS
Previous Post

Pre-Order Vivo Y17 Semua Dengan Kamera Triple AI Terbaru ini Bermula dari 4 Mei 2019

Next Post

Pemain Pro Overwatch Di Denda Kerana Tweet Pepe The Frog

Jade Ice

Jade Ice

"Bolehlah" gamer. Tak n00b tak expert. Dulu-dulu teras keras punya gamer. Sekarang kids, wife, gaming (in that order). Hantu Final Fantasy, MGS, Kingdom Hearts.

Related Posts

RGG Studio Memperkenalkan Semula Stranger Than Heaven, Dahulu Dikenali Sebagai Project Century
Berita

RGG Studio Memperkenalkan Semula Stranger Than Heaven, Dahulu Dikenali Sebagai Project Century

June 7, 2025
Onimusha: Way of the Sword Tampilkan Musuh Dalam Game & Aksi Combat Epik
Berita

Onimusha: Way of the Sword Tampilkan Musuh Dalam Game & Aksi Combat Epik

June 7, 2025
Mundfish Umum Atomic Heart II – Bakal Lancar Pada 2026 Untuk Konsol & PC
Berita

Mundfish Umum Atomic Heart II – Bakal Lancar Pada 2026 Untuk Konsol & PC

June 7, 2025
Next Post
Pemain Pro Overwatch Di Denda Kerana Tweet Pepe The Frog

Pemain Pro Overwatch Di Denda Kerana Tweet Pepe The Frog

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan
Berita

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan

June 5, 2025
Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!
Animasi

Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!

June 4, 2025
Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’
Berita

Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’

June 3, 2025
Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026
Filem

Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026

June 2, 2025
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd