Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Game Dating Sim Hololive – Aquarium Lancar Hari Ini Di PC Steam!

Razin Syafiq by Razin Syafiq
October 25, 2023
in Artikel, Berita, PC, Simulator, Steam, Vtuber
0 0
0
Game Dating Sim Hololive – Aquarium Lancar Hari Ini Di PC Steam!
Share on FacebookShare on Twitter

Berkat permintaan tinggi daripada peminat di luar Jepun untuk VTuber hololive, Entergram akhirnya mengeluarkan game dating sim Aquarium versi bahasa Inggeris yang memfokuskan kepada bakat Hololive JP – Minato Aqua.

Untuk mendapat gambara lebih lanjut tentang game ini, anda boleh menonton video di bawah:

Walaupun game ini lebih menumpukan kepada Minato Aqua sebagai heroin utama, pemain tetap akan akan bertemu dengan dua waifu VTuber popular lain, iaitu Houshou Marine dan Shirakami Fubuki.

Daripada segi gameplay, Aquarium akan berlangsung secara visual novel da mempersembahkan kisah percintaan musim panas antara pemain dan heroin bermula daripada Aqua yang memainkan peranan sebagai pembantu rumah untuk keluarga bangsawan Francois, Marine sebagai pembantu rumah yang lebih senior, dan Fubuki sebagai seorang puteri yang elegan dalam keluarga yang sama.

Kredit: Entergram

Berikut adalah sinopsis menurut Steam:

Ini adalah kisah musim panas Aqua – seorang pembantu rumah baru dengan rahsia – dan tuannya (si pemain) yang kehilangan sebahagian daripada memorinya.

Tuan muda, pewaris kepada keluarga Francois, mengalami mimpi ngeri yang sama setiap malam. Di dalam, dia bertemu dengan seorang gadis, tetapi mereka selalu bertengkar dan berpisah dengan perkataan “Saya benci awak” terngiang-ngiang di telinganya.

Tetapi siapakah gadis ini…?

Pada suatu musim panas, kakak kepada Tuan muda memberitahunya bahawa untuk menjayakan keluarga Francois, dia harus berlatih kebolehan kepimpinannya.
Untuk melakukan itu, kakaknya ingin dia mengupah pembantu rumah baru supaya dia boleh membimbing dan membantunya membesar.

“Saya pembantu rumah baru, Aqua. Mulai hari ini, saya akan bertanggungjawab untuk menjaga awak, Tuan.”

Tuan muda segera mendapati hatinya tertarik kepada Aqua, pembantu rumah baru kekok yang dibebani oleh “rahsia” tertentu yang tidak dapat dia sebutkan. Walau bagaimanapun, kedua-duanya dipisahkan antara satu sama lain oleh dinding yang tidak dapat diatasi iaitu strata sosial mereka.

Ini adalah kisah cinta musim panas antara dua individu daripada kehidupan yang berbeza.

Kredit: Entergram

Berbanding dengan kebanyakan adaptasi game hololive, Aquarium boleh dikatakan paling cantik daripada sgei grafik dan menawarkan pengalaman novel visual yang fresh untuk peminat.

Bagi mereka yang berminat, halaman rasmi untuk game di Steam kini boleh diakses. Selain daripada sinopsis jalan cerita, info lain tentang game tidak didedahkan tetapi saya mengharapkan ada naratif untuk Marin dan Fubuki.

Kredit: Entergram

Sekali lagi saya ingatkan, Aquarium versi Bahasa Inggeris akan dikeluarkan pada 25 Oktober (hari ini) di PC.

Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy
Tags: Dating SimhololiveHololive – Aquariumsteam
ShareTweetSend
Previous Post

Halang Pembelian Game Pada Harga Rendah, Steam Tukar Mata Wang Argentina & Turki ke USD Dolar!

Next Post

Sembang Cover, Nanook, E6 Seele dan Banyak Lagi — Interview Bersama Pelakon Suara Honkai: Star Rail! [gamescom asia 2023]

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

SHINOBI: Art of Vengeance – Aksi Combat Meletup Dalam Trailer Terbaru!
Berita

SHINOBI: Art of Vengeance – Aksi Combat Meletup Dalam Trailer Terbaru!

June 3, 2025
Wizards of the Coast Umum Game Action-Adventure Dungeons & Dragons Baharu
Berita

Wizards of the Coast Umum Game Action-Adventure Dungeons & Dragons Baharu

June 3, 2025
Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’
Berita

Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’

June 3, 2025
Next Post
Sembang Cover, Nanook, E6 Seele dan Banyak Lagi — Interview Bersama Pelakon Suara Honkai: Star Rail! [gamescom asia 2023]

Sembang Cover, Nanook, E6 Seele dan Banyak Lagi -- Interview Bersama Pelakon Suara Honkai: Star Rail! [gamescom asia 2023]

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Anime ‘Takopi’s Original Sin’ Bakal Ditayangkan 28 Jun 2025
Anime

Anime ‘Takopi’s Original Sin’ Bakal Ditayangkan 28 Jun 2025

May 26, 2025
Crunchyroll Anime Awards 2025: Solo Leveling Dominasi Sebagai Anime Of The Year
Anime

Crunchyroll Anime Awards 2025: Solo Leveling Dominasi Sebagai Anime Of The Year

May 26, 2025
Filem Animasi ‘KPop Demon Hunters’ Bakal Tayang di Netflix Mulai 20 Jun
Animasi

Filem Animasi ‘KPop Demon Hunters’ Bakal Tayang di Netflix Mulai 20 Jun

May 23, 2025
Reviu Ejen Ali The Movie 2 – Dari M.A.T.A ke Hati Penonton! (TANPA SPOILER)
Review

Reviu Ejen Ali The Movie 2 – Dari M.A.T.A ke Hati Penonton! (TANPA SPOILER)

  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd