Berikutan dengan acara Disney 23 Expo, banyak filem, siri dan game telah diumumkan. Namun, terdapat satu game yang sangat menarik perhatian iaitu game mengenai Captain America dan Black Panther.
Bersama dengan pengumuman tersebut, Skydance New Media telah mengeluarkan satu video teaser di mana mereka menggunakan slogan “Four Heroes. Two Worlds. One War.” Dalam masa yang sama, mereka juga memperkenalkan keempat-empat Hero termasuk Black Panther, Captain America, Howling Commando Gabriel Jones dan Wakandan warrior Nanali.

Dibangunkan oleh Skydance New Media, game ini masih dalam fasa pembangunan awal dan tidak mempunyai tajuk lagi. Walaupun begitu, kita boleh lihat yang game ini akan menampilkan cerita asal dalam Marvel Universe dan semasa era Perang Dunia ke-2.
Menurut video teaser tersebut, kita boleh lihat yang Hydra terlibat dalam peperangan ini. Besar kemungkinan, kita akan dapat lihat Captain America, Black Panther dan yang lain-lain berperang dengan Hydra.

Tidak banyak yang didedahkan mengenai game ini tetapi apa yang diberitahu adalah Amy Hennig adalah seorang yang mengetuai studio tersebut dalam membangunkan game Black Panther dan Captain America ini. Sebelum ini, dia telah bekerja di Naughty Dog dan dia juga adalah pencipta utama bagi francais Uncharted.
Selepas masuk ke Skydance New Media, Amy Hennig sangat aktif dengan melibatkan dirinya untuk mengetuai studio tersebut dalam membangunkan game Star Wars yang telah diumumkan pada bulan April lalu. Ia merupakan game action-adventure yang menampilkan cerita asal dunia Star Wars.

Buat masa sekarang, game Captain America dan Black Panther masih tidak mempunyai sebarang tajuk dan masih dalam fasa pembangunan awal. Apapun saya mengharapkan yang ia bakal dilancarkan di PC dan next-gen konsol. Ikuti Gamer Santai untuk mendapatkan lebih banyak berita mengenai Disney 23 Expo daripada kami.
@gamersantaimy
Discussion about this post