Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Game Bloodline: The Last Royal Vampire berkolaborasi dengan Attack on Titan !

Maira by Maira
June 1, 2022
in Android, Anime, Artikel, Berita, Game, iOS, Mobile, Platform, RPG
0 0
0
Game Bloodline: The Last Royal Vampire berkolaborasi dengan Attack on Titan !
Share on FacebookShare on Twitter

Crunchyroll Games akan melancarkan game mobile terbarunya, Bloodline: The Last Royal Vampire. Pra-daftar untuk game ini juga sudah dibuka. Ia merupakan sebuah game JRPG yang berdasarkan Bloodline, novel grafik cina yang popular. Semasa pra-daftar dan untuk masa terhad selepas pelancaran, Bloodline akan menampilkan kolaborasi dengan siri anime popular, Attack on Titan. Bloodline: The Last Royal Vampire akan tersedia di seluruh dunia, tidak termasuk Asia, pada musim panas ini pada iOS dan Android.

“Bloodline ialah cerita menarik yang memberikan kebaikan vs. kejahatan dalam pertempuran epik untuk terus hidup, membuatkannya satu game mobile yang menarik. Kami tidak sabar untuk melancarkannya untuk pemain,” kata Terry Li, Pengurus Besar game. “Kami amat berbesar hati untuk bekerjasama dengan Shanda Shengqu Games dan Kodansha untuk membawa watak Attack on Titan ke dalam dunia Bloodline dan mencipta pengalaman yang benar-benar epik untuk peminat. Kami tahu pelakon watak yang besar, cerita yang mendalam dan game yang tidak berkesudahan akan membuatkan peminat kembali untuk mendapatkan lebih banyak lagi.”

Bloodline: The Last Royal Vampire mengikuti Last Royal Vampire Lilo dan temannya Ren dalam usaha mereka untuk menyelamatkan orang tersayang mereka daripada perintah ketenteraan yang dipanggil Holy Land. Pemain membina skuad pahlawan, wira dan makhluk hebat sendiri untuk mengalahkan exorcist, pemburu, serta raksasa ganas, dan banyak makhluk berkuasa yang bersembunyi. Game kad RPG bergaya anime ini menampilkan ratusan watak dan penyesuaian, memberikan senarai wira yang unik untuk setiap pemain.

Kolaborasi masa terhad dengan Attack on Titan membawa watak popular Eren, Mikasa dan Levi ke dunia Bloodline dalam bentuk piksel. Semasa crossover, pemain boleh mengumpul watak Attack on Titan bersama-sama dengan item lain untuk ganjaran trade-in, dan boleh menyelesaikan misi tersedia. Kolaborasi ini juga akan menampilkan dungeon bertema serta ganjaran pra-daftar dan banyak kosmetik comel Attack on Titan yang pemain boleh guna untuk profil mereka. Pemain akan mendapat bonus untuk menggunakan watak Attack on Titan.

Ciri-ciri penting Bloodline: The Last Royal Vampire:

  • Game mobile JRPG bergaya retro
    • Salah satu game mobile yang paling popular, Bloodline: The Last Royal Vampire ialah game kad turn-based taktikal dalam dunia fantasi moden.
  • Lebih daripada 400 watak untuk dikumpul
    • Daripada kesatria yang gagah perkasa, demon warlord, kepada jester gila dan waifu comel, terdapat pelbagai wira untuk dibuka dan dikembangkan dengan lebih banyak watak baharu akan datang.
  • Kemajuan dan pembesaran watak
    • Bawa watak anda ke dalam pertempuran dan berikan mereka bahan peningkatan yang berkuasa untuk membuka kuasa sebenar mereka.
  • Pertempuran REAL-TIME Guild
    • Musnahkan pasukan lawan dalam pertempuran Perang REAL-TIME Guild dengan rakan.
  • Pertarungan yang sengit
    • Cipta jalan anda melalui pemain lain dalam pelbagai ciri PVP seperti Arena, Tower of Fate serta Pertempuran Guild gergasi dan Perang cross-server secara langsung!
  • Lebih bermain, Kurang grind
    • Dengan ciri seperti Auto Battle, Raid dan Auto-Mine, Bloodline membolehkan anda menumpukan lebih banyak masa anda untuk menguruskan skuad anda dan melawan Holy Land. Selesaikan stage dan maju dengan mudah sambil memperoleh semua item dan bahan untuk meningkatkan keseronokan anda!

Seperti yang dikatakan di atas, game mobile ini tidak tersedia di Asia. Jika anda berminat untuk bermain Bloodline: The Last Royal Vampire, platform lain seperti TapTap atau QooApp mungkin tersedia apabila ia dilancarkan nanti. Untuk mendapatkan liputan lain mengenai game mobile daripada kami, sila klik pautan ini.

Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy
Tags: Attack on TitanBloodline: The Last Royal Vampire
Previous Post

THQ Nordic melebarkan sayap di Asia Tenggara, Bertapak di Singapura!

Next Post

Lebih 30 penerbit dan studio besar akan sertai Summer Game Fest 2022, bermula 10 Jun

Maira

Maira

Terperangkap dalam game gacha (grind sampai habis bateri fon). Game rhythm dan JRPG memang berpisah tiada. Kadang-kadang melukis sambil layan stream VTuber.

Related Posts

RGG Studio Memperkenalkan Semula Stranger Than Heaven, Dahulu Dikenali Sebagai Project Century
Berita

RGG Studio Memperkenalkan Semula Stranger Than Heaven, Dahulu Dikenali Sebagai Project Century

June 7, 2025
Onimusha: Way of the Sword Tampilkan Musuh Dalam Game & Aksi Combat Epik
Berita

Onimusha: Way of the Sword Tampilkan Musuh Dalam Game & Aksi Combat Epik

June 7, 2025
Mundfish Umum Atomic Heart II – Bakal Lancar Pada 2026 Untuk Konsol & PC
Berita

Mundfish Umum Atomic Heart II – Bakal Lancar Pada 2026 Untuk Konsol & PC

June 7, 2025
Next Post
Lebih 30 penerbit dan studio besar akan sertai Summer Game Fest 2022, bermula 10 Jun

Lebih 30 penerbit dan studio besar akan sertai Summer Game Fest 2022, bermula 10 Jun

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan
Berita

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan

June 5, 2025
Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!
Animasi

Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!

June 4, 2025
Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’
Berita

Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’

June 3, 2025
Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026
Filem

Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026

June 2, 2025
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd