Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Game Bleach Untuk Nintendo Switch Sedang Diusahakan [Khabar Angin]

Razin Syafiq by Razin Syafiq
May 28, 2024
in Anime, Artikel, Berita, Nintendo Switch
0 0
0
Game Bleach Untuk Nintendo Switch Sedang Diusahakan [Khabar Angin]
Share on FacebookShare on Twitter

Menurut maklumat daripada leaker terkenal, sebuah game Bleach baharu untuk konsol Nintendo Switch didakwa sedang dibangunkan.

A title related to the Bleach series will be released on Nintendo Switch hardware.

— みどり (@MbKKssTBhz5) May 26, 2024

Maklumat ini telah dikongsi oleh みどり (Midori), yang memiliki reputasi sebagai pembocor maklumat yang boleh dipercayai, terutamanya untuk maklumat rahsia yang berkaitan dengan industri gaming.

Menurut Midori, game itu sedang dihasilkan oleh KLab, sebuah syarikat yang terkenal dengan IP berasaskan anime lain seperti Love Live! School Idol Festival dan Captain Tsubasa Dream Team.

Syarikat itu juga sebelum ini telah menghasilkan game mobile lain di bawah IP Bleach seperti Bleach Soul Rising dan Bleach Brave Souls, kedua-duanya masih dalam perkhidmatan dan sangat popular sehingga hari ini.

Walaupun begitu, maklumat ini masih tidak boleh dipercayai 100% kerana info yang dikongsi masih belum disahkan oleh sumber lain, tidak kira rasmi mahupun tidak rasmi.

Kredit: KLab

Selepas berita ini viral di X, ramai peminat membuat spekulasi tentang game itu, di mana ramai membuat andaian bahawa ini adalah game Bleach yang serba baharu.

Pada masa yang sama, terdapat juga peminat yang menganggap bahawa game Nintendo Switch itu dimaksudkan sebagai port untuk Bleach Brave Souls, yang telah pun dikeluarkan di PC melalui Steam dan PlayStation 4.

Ada juga menganggap bahawa ini adalah game kasual hibrid baharu berdasarkan Bleach, yang diumumkan oleh KLab pada awal bulan ini (walaupun pengumuman tidak menyebut di platform mana game itu akan dikeluarkan).

Kredit: KLab

Sekali lagi, saya ingatkan ini hanyalah khabar angin. Sehingga kami menerima pengumuman rasmi, janganlah kita meletak harapan tinggi, terutamanya kerana maklumat itu masih belum disahkan atau dinafikan secara rasmi.

Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy
Tags: bleachnintendo switch
ShareTweetSend
Previous Post

Previu Kad ‘Hydroelectric Specimen’ & ‘Hydroelectric Laboratory’ Dari MTG Modern Horizons 3

Next Post

Black Shark Malaysia Umum Jam Tangan Black Shark GS3 & Black Shark GT3 Neo, Bersama Giveaway Khas!

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

Menangi ROG Ally X & Hadiah Eksklusif Lain, Dengan Bermain Monster Hunter Wilds Bersama ASUS ROG
Berita

Menangi ROG Ally X & Hadiah Eksklusif Lain, Dengan Bermain Monster Hunter Wilds Bersama ASUS ROG

June 6, 2025
Survival Kids Kini Dilancarkan, Eksklusif di Nintendo Switch 2
Berita

Survival Kids Kini Dilancarkan, Eksklusif di Nintendo Switch 2

June 6, 2025
Nantikan Acara Demon Slayer Experience Di Malaysia, Bermula 28 Jun Di Pavilion Bukit Jalil!
Anime

Nantikan Acara Demon Slayer Experience Di Malaysia, Bermula 28 Jun Di Pavilion Bukit Jalil!

June 6, 2025
Next Post
Black Shark Malaysia Umum Jam Tangan Black Shark GS3 & Black Shark GT3 Neo, Bersama Giveaway Khas!

Black Shark Malaysia Umum Jam Tangan Black Shark GS3 & Black Shark GT3 Neo, Bersama Giveaway Khas!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan
Berita

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan

June 5, 2025
Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!
Animasi

Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!

June 4, 2025
Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’
Berita

Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’

June 3, 2025
Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026
Filem

Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026

June 2, 2025
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd