Sempena ulang tahun ke-57 siri komik Black Panther, EA telah memperkenalkan studio baharu mereka yang akan membangunkan game baharu untuk siri tersebut. Studio tersebut bernama Cliffhanger Games, dan akan menghasilkan game single-player third-person Black Panther dengan kolaborasi bersama Marvel Games.

Kini, misi utama untuk studio itu adalah untuk mengembangkan dunia fiksyen superhero tersebut dan memberikan pengalaman hebat kepada pemain sebagai pewaris kepada Wakanda, Black Panther.

Diketuai oleh Kevin Stephens, Cliffhanger Games mempunyai veteran daripada industri game malah mereka turut terlibat dengan pembangunan game hebat seperti Middle-earth: Shadow of Mordor, Halo Infinite, God of War, Call of Duty dan banyak lagi.
“Kami berdedikasi untuk memberikan peminat pengalaman Black Panther yang definitif dan tulen, memberikan mereka lebih agensi dan kawalan ke atas naratif mereka berbanding pengalaman yang mereka alami dalam game video. Wakanda ialah sandbox Super Hero yang kaya, dan misi kami adalah untuk membangunkan dunia epik untuk pemain yang menyukai Black Panther dan ingin meneroka dunia Wakanda sama seperti kami,” kata Kevin.

Dengan kolaborasi bersama Marvel Games, mereka akan pastikan setiap aspek Wakanda seperti teknologi, hero dan cerita original akan diberikan perhatian sepenuhnya dan mengekalkan ketulenan dunia Black Panther.
Memandangkan game ini baru sahaja diumumkan, tidak banyak perkara yang didedahkan lagi. Jadi kita tunggu sahaja kemas kini akan datang sepanjang pembangunannya. Untuk mendapatkan liputan menarik tentang game daripada kami, boleh klik pautan ini.
@gamersantaimy
Discussion about this post