Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Game battle royale mobile paling best di Malaysia setakat ini, PUBG Mobile kekal pegang takhta

safwan by safwan
July 28, 2022
in Android, Artikel, Battle Royale, Berita, Fakta & Trivia, Game Online, Game Percuma, iOS, Mobile, Senarai
0 0
0
Game battle royale mobile paling best di Malaysia setakat ini, PUBG Mobile kekal pegang takhta
Share on FacebookShare on Twitter

Sejak beberapa tahun lepas, banyak game mobile yang telah dikeluarkan oleh pelbagai syarikat game. Namun, terdapat beberapa game yang berjaya menambat hati pengguna mobile dan ada yang sunyi sepi sehingga menutup game tersebut. Kali ini, kami ingin kongsikan beberapa data yang diambil daripada AppMagic untuk game battle royale mobile yang paling best di Malaysia.

Data yang kami ambil daripada AppMagic akan meliputi daripada November 2017 sehingga Julai 2022 dan game battle royale mobile yang kami ambil adalah PUBG Mobile, Apex Legends, Free Fire, Call of Duty Mobile, New State dan Sausage Man.

Menurut data AppMagic, PUBG Mobile telah menduduki tempat pertama di seluruh dunia dan juga Malaysia. Mereka telah mengutip hasil sebanyak $5.98 bilion (anggaran RM26.6 bilion) di seluruh dunia manakala Malaysia pula telah menyumbang sebanyak $96.2 juta (anggaran RM429.2 juta).

Turut diambil kira, PUBG Mobile telah di download sebanyak 936 juta kali di seluruh dunia dan 18.6 juta kali di Malaysia.

Di tempat kedua adalah Garena Free Fire dengan hasil kutipan sebanyak $70.7 juta (anggaran RM315. 6 juta) di Malaysia. Untuk seluruh dunia pula, Free Fire telah mengumpul keuntungan sebanyak $2 bilion (anggaran RM9.7 bilion).

Namun, mereka telah mengumpul download sebanyak 1 bilion dan sekali gus menjadikan Free Fire adalah game yang paling banyak di download di seluruh dunia. Manakala di Malaysia, ia masih duduk di tempat kedua dengan sebanyak 13 juta download.

Call of Duty Mobile terdapat dua versi iaitu Asia yang dikendalikan oleh Garena dan seluruh dunia dikendalikan oleh Activision sendiri. Untuk memberikan data yang tepat, Call of Duty Mobile Garena telah mengumpul sebanyak $115 juta (anggaran RM513 juta) manakala versi yang dikendalikan sebagai Activision, mereka telah mengumpul sebanyak $989.8 juta (anggaran RM 4.4 bilion).

Jika digabungkan untuk kedua-dua versi, mereka telah mengumpul sebanyak $1.1 bilion (anggaran RM4.9 bilion). Walaupun telah digabungkan kedua-dua versi, Call of Duty Mobile masih tidak boleh tanding dengan PUBG Mobile dan Free Fire. Untuk Malaysia pula, rakyat sendiri telah menyumbang sebanyak $14 juta (anggaran RM64 juta).

Bagi versi Activision, ia telah di download sebanyak 296 juta dan untuk versi Garena, ia telah di download sebanyak 48 juta. Jika anda tertanya-tanya untuk download di Malaysia, ia telah di download hanya 4.5 juta sahaja.

Sausage Man telah menduduki tempat ke-4 dengan kutipan sebanyak $23.5 juta (anggaran RM 113 juta) di seluruh dunia manakala di Malaysia, ia hanya mengutip sebanyak $632 ribu (anggaran RM 2.8 juta).

Rakyat Malaysia telah download game ini sebanyak 1.4 juta kali manakala seluruh dunia, ia telah di download sebanyak 49.8 juta kali. Untuk pengetahuan korang, game ini hanya dilancarkan di negara-negara Asia sahaja.

Tempat ke-5 telah disandang oleh game Apex Legends Mobile dengan membawa keuntungan sebanyak $407 ribu (anggaran RM1.8 juta) sahaja di Malaysia. Untuk keuntungan di seluruh dunia, ia telah membawa keuntungan sebanyak $20 juta (anggaran RM89 juta) sahaja.

Tidak seperti Free Fire yang mencecah sebanyak 1 bilion download, Apex legends telah di download hanya 26.5 kali di seluruh dunia. Manakala untuk Malaysia, ia sekadar 366 ribu download sahaja. Dengan data seperti ini, kita boleh lihat yang Apex Legends Mobile ditinggalkan oleh Sausage Man.

Yang sebelum ini membawa nama PUBG, kini telah diubah namanya kepada New State Mobile, ia telah mengaut keuntungan sebanyak $196 ribu (anggaran RM8.8 juta) di Malaysia manakala seluruh dunia pula, mereka telah mengumpul sebanyak $15.5 juta (anggaran RM69 juta).

Nampaknya New State tidak dapat menarik ramai pemain mobile dengan hanya 22.9 juta download di seluruh dunia dan di Malaysia sekadar 358 ribu tidak jauh di belakang Apex Legends Mobile.

Berikut adalah data penuh yang diambil daripada AppMagic:

Data seluruh dunia
Data Malaysia

Selepas melihat data daripada AppMagic, game battle royale mobile yang mana korang banyak sumbang dari segi keuntungan dan download mereka di Malaysia? Cuba korang kongsikan berapa banyak korang sumbang di ruangan komen. Ikuti Gamer Santai untuk mendapatkan berita menarik mengenai game, anime teknologi dan banyak lagi daripada kami.

*Data diambil dari April 2018 hingga 18 Julai 2022 melalui AppMagic*

*Kadar pertukaran USD ke RM telah dibundarkan dan mengikut data 28 Julai 2022*

Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy
Tags: Apex Legends mobileAppMagicCOD MobileFree FireNew Statepubg mobileSausage Man
Previous Post

Acer Day 2022 kembali dengan pelbagai promosi kaw-kaw di Pavilion Bukit Jalil Ogos ini!

Next Post

Backbone One – Controller berlesen rasmi PlayStation untuk pengguna iPhone!

safwan

safwan

Peminat game dari kecik, tapi ilmu tak cukup. Sekarang masih penuhkan ilmu game di dada dan cuba menulis tentang game kegemaran. Game yang selalu main adalah Valorant dan mana-mana game action adventure.

Related Posts

Menangi ROG Ally X & Hadiah Eksklusif Lain, Dengan Bermain Monster Hunter Wilds Bersama ASUS ROG
Berita

Menangi ROG Ally X & Hadiah Eksklusif Lain, Dengan Bermain Monster Hunter Wilds Bersama ASUS ROG

June 6, 2025
Survival Kids Kini Dilancarkan, Eksklusif di Nintendo Switch 2
Berita

Survival Kids Kini Dilancarkan, Eksklusif di Nintendo Switch 2

June 6, 2025
Nantikan Acara Demon Slayer Experience Di Malaysia, Bermula 28 Jun Di Pavilion Bukit Jalil!
Anime

Nantikan Acara Demon Slayer Experience Di Malaysia, Bermula 28 Jun Di Pavilion Bukit Jalil!

June 6, 2025
Next Post
Backbone One – Controller berlesen rasmi PlayStation untuk pengguna iPhone!

Backbone One - Controller berlesen rasmi PlayStation untuk pengguna iPhone!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan
Berita

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan

June 5, 2025
Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!
Animasi

Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!

June 4, 2025
Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’
Berita

Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’

June 3, 2025
Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026
Filem

Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026

June 2, 2025
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd