Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Game baru Lord of the Rings dalam pembikinan oleh Weta Workshop

safwan by safwan
August 16, 2022
in Artikel, Berita, Game Baru
0 0
0
Game baru Lord of the Rings dalam pembikinan oleh Weta Workshop
Share on FacebookShare on Twitter

Baru- baru ini, Private Division telah mengumumkan bahawa mereka sedang bekerjasama dengan Weta Workshop bagi membangunkan game baharu berdasarkan dunia Middle-earth yang dicipta oleh J.R.R Tolkien dan ia berkemungkinan Lord of the Rings.

Buat masa sekarang, game ini masih dalam fasa pembangunan awal dan dijangkakan akan keluar pada tahun fiskal Take-Two 2024. Tarikh rasmi pengeluaran masih belum diberitahu.

“Kami sangat teruja untuk bekerjasama dengan Weta Workshop untuk menerbitkan game dalam alam semesta yang luar biasa dan terkenal. IP Lord of the Rings adalah rumah kepada begitu banyak cerita yang luar biasa, dan tiada entiti yang lebih lengkap daripada pasukan di Weta Workshop untuk mencipta pengalaman game Middle-earth yang tersendiri dan baharu.”

Menurut Michael Worosz, Ketua Pegawai Strategi Take-Two

Manakala Ketua Interaktif di Weta Workshop Amie Wolken berkata bahawa ia akan berbeza daripada game lain yang berdasarkan francais sama.

“Adalah satu keistimewaan untuk mencipta game baharu di Middle-earth, terutamanya yang sangat berbeza daripada game yang telah dimainkan oleh peminat sebelum ini. Sebagai peminat sendiri, kami teruja untuk pemain meneroka Middle-earth dengan cara yang tidak pernah mereka lakukan sebelum ini dan memperkenalkan peminat baharu kepada keajaiban The Lord of the Rings.”

Menurut Amie Wolken, Ketua Interaktif Weta Workshop

Kalau korang nak tahu, Weta Workshop adalah studio yang sangat berpengalaman dalam membuat “special effect” dalam filem trilogi Lord of the Rings yang dihasilkan daripada Peter Jackson.

Tidak banyak maklumat yang diberikan oleh mereka. Namun, segala maklumat yang diberikan oleh mereka membuatkan kami menjangka yang ianya adalah game Lord of the Rings. Dalam tahun ini sahaja, kita telah mendapat pelbagai berita mengenai game Lord of the Rings terutama sekali Gollum yang dibangunkan oleh Daedalic Entertainment yang telah ditangguhkan.

Saya ingin mengingatkan anda bahawa game ini masih dalam fasa pembangunan awal dan tiada lagi tarikh rasmi bagi pengeluarannya. Korang boleh baca pengumuman berkaitan Private Division dan Weta Workshop yang sedang mengusahakan Lord of the Rings secara penuh di sini.

Ikuti Gamer Santai untuk mendapatkan lebih banyak berita menarik mengenai game, anime, teknologi dan banyak lagi daripada kami.

Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy
Tags: Lord of the RingsMiddle-EarthPrivate DivisionWeta Workshop
Previous Post

Peminat Shrek Minta Filem Terbaru Selepas Kung Fu Panda 4 Diumumkan!

Next Post

“Ya kepada game mobile, Tidak kepada NFT” – Mesej Gilles Langourieux selaku CEO Virtuos

safwan

safwan

Peminat game dari kecik, tapi ilmu tak cukup. Sekarang masih penuhkan ilmu game di dada dan cuba menulis tentang game kegemaran. Game yang selalu main adalah Valorant dan mana-mana game action adventure.

Related Posts

Survival Kids Kini Dilancarkan, Eksklusif di Nintendo Switch 2
Berita

Survival Kids Kini Dilancarkan, Eksklusif di Nintendo Switch 2

June 6, 2025
Nantikan Acara Demon Slayer Experience Di Malaysia, Bermula 28 Jun Di Pavilion Bukit Jalil!
Anime

Nantikan Acara Demon Slayer Experience Di Malaysia, Bermula 28 Jun Di Pavilion Bukit Jalil!

June 6, 2025
Manga Kaiju No. 8 Bakal Tamat Dalam 2 Bab Lagi
Anime

Manga Kaiju No. 8 Bakal Tamat Dalam 2 Bab Lagi

June 6, 2025
Next Post
“Ya kepada game mobile, Tidak kepada NFT” – Mesej Gilles Langourieux selaku CEO Virtuos

"Ya kepada game mobile, Tidak kepada NFT" - Mesej Gilles Langourieux selaku CEO Virtuos

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan
Berita

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan

June 5, 2025
Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!
Animasi

Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!

June 4, 2025
Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’
Berita

Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’

June 3, 2025
Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026
Filem

Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026

June 2, 2025
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd