Selepas tayangan filem Dragon Ball Super: Super Hero, nampaknya francais Dragon Ball kini sedang sibuk dengan projek baharu. Baru diumumkan tadi, Bandai Namco Entertainment dan Toei Animation telah mengumumkan game terbaharu dalam siri Dragon Ball Z: Budokai Tenkaichi, yang kini dalam pembikinan!
Korang boleh tengok dahulu trailer di bawah untuk visual lanjut:
Diumumkan semasa acara Dragon Ball Games Battle Hour 2023, pihak pemaju menjelaskan bahawa game Budokai Tenkaichi terbaharu masih dalam produksi awal. Malangnya, mereka tidak mengumumkan ‘bila atau untuk platform apa game ini akan dikeluarkan’.
Sekurang-kurangnya, kita dapat pengesahan yang Super Saiyan Blue Goku akan muncul dalam entri terbaharu! Memandangkan ia belum dinamakan secara rasmi, saya tidak pasti jika ini adalah sekuel [Dragon Ball Z: Budokai Tenkaichi 4] ataupun remake dengan content tambahan.


Jadi apakah itu Dragon Ball Z: Budokai Tenkaichi?

Buat mereka yang tidak tahu, Budokai Tenkaichi merupakan francais game ‘3D arena fighter’ berinspirasikan Dragon Ball dan terdiri daripada tiga judul. Menampilkan gameplay yang penuh adrenalin (pada ketika itu), ia terkenal kerana menampilkan banyak watak daripada siri tersebut – tidak kira jika mereka popular atau tidak.
Game ketiga mempunyai lebih 98 watak dengan 160+ transformasi yang boleh digunakan. Jadi bayangkan betapa seronoknya hati peminat pada masa itu.
Dengan kemunculan Budokai Tenkaichi 4, ini menandakan entri terbaharu dalam siri ini selama lebih sedekad menunggu, memandangkan tiga game pertama dikeluarkan pada tahun 2005, 2006, dan 2007 untuk PS2 dan Nintendo Wii.
Entri terakhir, iaitu Dragon Ball Z: Tenkaichi Tag Team, dikeluarkan untuk PSP pada tahun 2010. Jadi sudah lebih 10 tahun peminat harus menunggu sebelum siri Xenoverse muncul.


Disebabkan game ini masih dalam pembangunan awal, masih banyak maklumat yang kita belum tahu. Moga-moga Bandai Namco mendedahkan lebih lanjut dalam masa terdekat.
Untuk membaca segala liputan kami tentang francais Dragon Ball, sila tekan pautan ini.
@gamersantaimy
Discussion about this post