Bandai Namco hari ini mengumumkan DRAGON BALL: The Breakers, game “asymmetrical online multiplayer” baharu yang akan dikeluarkan pada PlayStation 4, Xbox One, Nintendo Switch dan PC pada tahun 2022. Game ini juga akan compatible dengan PlayStation 5 dan Xbox Series X|S. Ujian Beta Tertutup akan diadakan pada PC tidak lama lagi, dan membolehkan pemain mencuba game ini sebelum ia keluar secara rasmi. Butiran lanjut akan dikongsikan tidak lama lagi oleh Bandai Namco.
Berlangsung di universe Dragon Ball Xenoverse, DRAGON BALL: The Breakers membolehkan anda bermain sebagai salah satu watak paling ikonik dalam francais iaitu, “Raider” , atau salah satu daripada tujuh “Survivors” yang tidak mempunyai kuasa super.

Raider perlu menggunakan kuasa untuk menghapuskan “Survivors”. Orang awam biasa ini tanpa sengaja mendapati diri mereka dalam “Temporal Seam”, lantas memerangkap mereka dalm dunia di mana ruang dan masa berada dalam keadaan kucar-kacir.Ini memerlukan setiap satu untuk bekerjasama supaya tidak dibunuh oleh Raider dan melarikan diri menggunakan Super Time Machine. Pemain juga boleh menggunakan pelbagai item, senjata, dan kenderaan dalam permainan dan cuba melarikan diri secara strategik. Pada masa yang sama, Raider dapat bermain sebagai Cell, Buu, atau Frieza dan mengumpul kuasa untuk membunuh pasukan Survivor.

Dragon Ball: The Breakers juga menampilkan mod character customization untuk Survivor yang membolehkan pemain mengubah bentuk avatar dengan menggunakan skin Dragon Ball Survivor dan peralatan hiasan yang diperoleh dengan kredit dalam permainan atau melalui pembelian dalam permainan. Selain itu, Dragon Ball: The Breakers akan link setiap save data dengan Dragon Ball Xenoverse 2.

“Kami tidak sabar untuk orang ramai mencuba pandangan baharu yang lengkap ini dalam francais Dragon Ball! Kami bekerja keras dengan pasukan di Dimps untuk menyediakan pengalaman asymmetric multiplayer serba baharu dan menyeronokkan yang kami mahu boleh diakses untuk semua, sambil menawarkan kekayaan dan kedalaman gameplay dan situasi. Kami tidak sabar untuk mengalu-alukan anda semasa Ujian Beta Tertutup”
kata Ryosuke Hara, Penerbit DRAGON BALL: The Breakers, BANDAI NAMCO Entertainment Inc.
Alami perbezaan kuasa dan bersedia untuk menikmati aksi pertempuran asymmetrical versi anime dalam DRAGON BALL: The Breakers! Untuk segala liputan kami tentang francais Dragon Ball, sila tekan pautan ini.
@gamersantaimy
Discussion about this post