Hari ini, Cygames telah mengumumkan pelancaran game aksi roguelite kasual ‘Little Noah: Scion of Paradise‘ untuk platform Xbox Series X|S, Xbox One dan Windows. Game itu asalnya dikeluarkan untuk Nintendo Switch, PlayStation 4 dan Steam pada 28 Jun 2022.
Sempena itu, anda boleh menonton trailer di bawah untuk mendapat gambaran umum tentang game ini:
Sinopsis

Noah, seorang alkimia genius, sedang mengembara merentasi langit dengan kapal udaranya apabila dia menemui runtuhan terapung yang misterius. Apabila semakin dekat untuk menyiasat, seekor kucing melompat ke atas kapalnya. Kucing itu menuduh Noah sebagai perompak kubur dan melepaskan ribut yang menyebabkan kapalnya terhempas. Memerlukan bahagian untuk membaiki kapalnya dan didorong oleh rasa ingin tahu, Noahmemasuki runtuhan tersebut…
Ciri-ciri Utama

- Game Aksi Roguelite Kasual – Terokai dungeon yang berubah dengan setiap playthrough dan menewaskan musuh di sepanjang jalan. Manfaatkan rakan sekutu yang boleh direkrut – “Lilliputs,” dan item yang telah anda kumpulkan untuk mengalahkan bos dahsyat. Jika anda “tertewas” dalam pengembaraan, jangan takut—anda boleh menggunakan item yang diperolehi untuk menguatkan Noah dan kembali lagi kuat.
- Baiki Kapal Udara, Dapatkan Faedahnya – Semasa menerokai runtuhan, anda akan mengumpul mana untuk membaiki dan menaik taraf fasiliti di atas kapal udara anda. Fasiliti ini akan membantu untuk menjadikan pengembaraan anda lebih lancar. Setiap fasiliti memberikan peningkatan berbeza, jadi pilih cara anda mahu untuk menguatkan Noah.
- Parti Unik, Kombo Unik – Rekrut Lilliput yang diperolehi ke dalam parti untuk digunakan dalam dungeon seterusnya. Kombo serangan berubah bergantung pada susunan parti—pilih daripada lebih 40 Lilliput untuk customize parti anda dan memaksimumkan kuasa.

Dua DLC tambahan, yang terdiri daripada avatar tambahan, Lilliput dan aksesori, tersedia pada platform Xbox Series X|S, Xbox One dan Windows. Ia juga boleh dibeli sebagai satu bundle dalam DLC 1+2 Bundle dan Little Noah: Scion of Paradise Special Edition Khas, yang merangkumi base game dan kedua-dua pek DLC.
DLC 1 menampilkan kandungan crossover daripada “Princess Connect! Re: Dive” dan DLC 2 menampilkan kandungan crossover daripada “Umamusume: Pretty Derby” bersama dengan Lilliput dan aksesori kuat.
Baca segala liputan kami di SINI!
@gamersantaimy
Discussion about this post