Hari ini, kita dapat pengesahan rasmi bahawa game aksi multiplayer free-to-play, One Punch Man: World memang akan dikeluarkan di rantau SEA (Asia Tenggara), menurut kata media sosial rasmi. Malangnya, tarikh keluaran tepat tidak diberi. Walaupun begitu, penerbit Crunchyroll Games berkata mereka akan mengeluarkan game ini di negara-negara barat tertentu, jadi ada kemungkinan versi SEA turut akan dikeluarkan pada tahun ini.
Dibangunkan oleh T3 Studio (anak syarikat Perfect World Games), ia akan dilancarkan di PC, iOS dan Android. Bak kata siaran akhbar, One Punch Man: World akan membawa pemain ke dunia One-Punch Man, yang penuh dengan watak dan kebolehan ikonik dengan nilai produksi berkualiti ala anime. Sebagai game multiplayer, game ini akan menyokong ciri cross-platform dan cross-progression.

Sinopsis
Hero diperlukan dalam One Punch Man: World! Serangan raksasa tanpa henti telah menyebabkan bandar-bandar di Bumi dan Hero Association berada dalam bahaya. Walau bagaimanapun, selepas tiga tahun menjalani latihan khas, Saitama menjadi begitu kuat sehingga dia boleh mengalahkan lawan dengan satu tumbukan.
Masalahnya, Saitama hanya melakukan aktiviti hero untuk berseronok, kerana apabila setiap musuh tumbang dalam satu tumbukan, kuasa luar biasa ini boleh menjadi agak membosankan.
Kini, di hadapan hero terkuat itu, seorang musuh baru telah muncul. Adakah Saitama dapat menunjukkan kuasa penuhnya hari ini?

Apa yang istimewa tentang game ini?
- Buka dan kuatkan hero kegemaran daripada siri anime One-Punch Man, termasuk Genos dan banyak lagi.
- Masuk ke hab Hero Association untuk bertemu rakan, menjalankan misi dan bekerjasama dalam Raid menentang musuh yang hebat dengan pemain lain.
- Masuk ke suasana pertarungan yang rumit dan mengelak pada masa yang tepat, lakukan kombo tanpa henti menggunakan kemahiran khas dan melaksanakan skill terunggul untuk membasmikan musuh, termasuk abiliti serba baharu yang tidak pernah dilihat.
- Alami semula adegan-adegan ikonik daripada One-Punch Man musim pertama dan melihatnya daripada sudut pandangan serba baharu.
- Terokai Z-City dan lakukan aktiviti sampingan dan mini-game.


Bagi sesiapa yang berminat, anda boleh pre-register sekarang melalui laman web rasmi. Untuk baca segala liputan kami tentang game ini, sila tekan pautan ini.
@gamersantaimy
Discussion about this post