Hari ini, kita dapat berita bahawa game 3v3 “futsal fantasi” Omega Strikers akan dilancarkan untuk Nintendo Switch, PC melalui Steam, dan mobile iOS/Android pada 27 April secara free-to-play.
Anda boleh menonton dahulu trailer di bawah untuk gambaran umum tentang permainan:
Sebagai game online multiplayer, pemain harus membentuk satu pasukan yang terdiri daripada tiga pemain; pemain itu digelar Strikers dan boleh dipilih daripada 15 watak berbeza. Dipanggil “footbrawler”, ia seperti sukan futsal di mana kita harus menjaringkan gol di gawang pihak lawan.

Apa yang membuatkannya berbeza adalah setiap Strikers mempunyai abiliti unik sendiri yang pasti bikin huru-hara di atas padang. Dengan reka bentuk yang dipengaruhi oleh budaya anime, pemain boleh memperoleh barangan kosmetik termasuk skin, emote, ikon dan banyak lagi melalui sistem Striker Affinity untuk menghiasi Striker kegemaran.
Dengan tumpuan khusus pada aspek kompetitif, pemain dapat bermain secara solo atau skuad bersama rakan-rakan untuk bersaing dengan pemain lain dalam mode ‘Ranked’, ‘Unranked’ atau ‘Custom’.

Sebagai tambahan, studio akan memperkenalkan Rotating Goal Mode (RGM), yang sepatutnya memberi pengalaman lebih seronok. RGM terdiri daripada arena yang lebih besar di mana gawang gol diletakkan di lokasi-lokasi berbeza dan bola akan bergerak “sepantas kilat” untuk menambahkan cabaran.
Paling penting sekali, Omega Strikers sah mempunyai ciri cross-play dan cross-progression, jadi anda boleh bermain bersama atau menukar peranti pada bila-bila masa di Nintendo Switch, PC, mobile dan konsol lain-lain (masih belum diumumkan).

Tidak kira platform apa yang dimainkan, pemain boleh meneruskan daripada mana mereka berhenti dan meneruskan bermain dengan lancar.
Sekali lagi saya ingatkan, Omega Strikers akan dilancarkan untuk Nintendo Switch, PC melalui Steam, dan mobile iOS/Android pada 27 April secara free-to-play.
@gamersantaimy
Discussion about this post