Hari ini, Sunrise/Bandai Namco Filmworks mendedahkan “projek khas” sempena ulang tahun ke-30 anime Mobile Fighter G Gundam, yang bertajuk Kidō Butōden G-Gundam Gaiden: Tenchi Tengaku.

Akan dikeluarkan di laman web rasmi anime pada bulan Julai 5, projek ini merupakan kisah senario khas dan cerita tambahan berbentuk teks, tetapi pihak produksi tidak menyatakan format sebenar dengan jelas, jadi ada kemungkinan ini bukan anime. Pengarah anime G Gundam, Yasuhiro Imagawa, bertanggungjawab untuk menulis cerita ini.
Kisah spin-off ini berlatarkan sebelum perlawanan akhir 13th Gundam Fight (kejohanan dalam anime G Gundam), apabila lima Gundam misteri muncul yang menggelarkan diri mereka sebagai “Dark Shuffle”.

Tentang Mobile Fighter G Gundam

Mobile Fighter G Gundam disiarkan dari April 1994 hingga Mac 1995 dan adalah siri pertama dalam francais Gundam yang tidak berlangsung dalam garis masa Universal Century, sebaliknya berlaku di garis masa Future Century. Yasuhiro Imagawa mengarahkan skrip yang diawasi oleh Fuyunori Gobu, manakala mendiang Hiroshi Ōsaka menguruskan reka bentuk watak.
Sinopsis:
“Pada Future Century (F.C.), manusia telah merosakkan Bumi. Kebanyakan manusia telah meninggalkan Bumi untuk koloni angkasa, di mana setiap negara di Bumi mempunyai koloni angkasa masing-masing.”
“Daripada berperang, “Gundam Fight” diadakan setiap empat tahun, di mana seorang wakil akan memandu Mobile Fighter dan bersaing dengan Gundam lain sehingga hanya satu yang tinggal. Negara yang menang dibenarkan memerintah Bumi selama empat tahun sehingga Gundam Fight seterusnya.”
@gamersantaimy
Discussion about this post