Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Fuse dan Bloodhound mengaku “couple” – Apex Legends kenalkan pasangan LGBT pertama!

Alan Fikri by Alan Fikri
October 31, 2022
in Action, Artikel, Berita, Genre, Origin, Platform, PS4, PS5, Steam, Xbox One, Xbox Series X|S
0 0
0
Fuse dan Bloodhound mengaku “couple” – Apex Legends kenalkan pasangan LGBT pertama!
Share on FacebookShare on Twitter

Respawn Entertainment telah mengeluarkan video yang kini telah menjawab soalan lama peminat Apex Legends mengenai hubungan watak Fuse dan Bloodhound. Perkara seperti ini menjadikan watak Apex Legends unik dari segi perwatakan kerana masing-masing mempunyai latar belakang dan hubungan peribadi mereka sendiri. Hubungan tersebut boleh berubah mengikut musim game dan maklum balas Respawn daripada pemain.

Fuse dan Bloodhound adalah watak yang tidak serasi pada mulanya kerana Fuse merupakan seorang yang sombong, sukakan bahan letupan, seorang tentera upahan dan kaki wanita. Berbeza dengan Bloodhound yang tidak tahu apa jantinanya, anak yatim piatu sejak dari kecil dan dibesarkan oleh bapa saudaranya dalam komuniti yang menolak teknologi dan memihak kepada sistem kepercayaan Norse purba bernama Old Ways. Pemain Apex Legends sering bergurau tentang hubungan dua orang sahabat ini lebih daripada platonik berdasarkan gurauan dalam game.

Dalam musim 8 Apex Legends, Respawn telah berusaha untuk mengembangkan hubungan kedua-dua watak ini. Bloodhound menemani Fuse dalam konfrontasi Armageddon Apex Legends dengan Mad Maggie, menjelaskan bahawa Fuse mengingatkan mereka tentang “sahabat lama” yang dikenali sebagai kekasih Bloodhound yang telah meninggal dunia, Boone.

Hubungan mereka menjadi semakin rapat seperti yang ditunjukkan dalam acara khas The Legacy Antigen, Bloodhound cuba memikat hati Fuse kerana dia ada hati terhadapnya dan yang terbaru ketika quest Friends Like These di mana Vantage menyebut Fuse dan Bloodhound mempunyai hubungan romantis menyebabkan mereka tersipu malu.

A beast that cannot be tracked. pic.twitter.com/GCbI0gRftP

— Apex Legends (@PlayApex) October 29, 2022

Apex Legends telah mengeluarkan satu video animasi di akaun Twitternya awal pagi tadi . Animasi tersebut menunjukkan Fuse menjemput Bloodhound untuk memburu dan terus bertanya tentang soal perasaan mereka. Bloodhound mengaku yang dia ada hati terhadap Fuse dan dia juga takut jika dia akan kehilangan Fuse sepertimana dia kehilangan Boone. Fuse menenangkan Bloodhound dan mereka berpelukan lalu bercium. Salah satu hubungan kegemaran pemain Apex Legends kini adalah canon.

Walaupun para peminat akan membuat bahan jenaka tentang hubungan mereka, realitinya Respawn telah merancang saat ini sejak dulu lagi. Seperti yang diterangkan oleh penulis Apex Legends, Sam Gill, dia akan duduk dan menulis adegan platonik antara Fuse dan Bloodhound.

Ia adalah sesuatu yang jarang berlaku untuk mengenalkan watak yang tiada jantina di dalam game dan media secara amnya. Apex Legends telah mengakui jantina Bloodhound sejak dari awal lagi, termasuk dengan kata ganti namanya. Kisah Bloodhound dalam mencari pasangan hidupnya di dalam game sejak bertahun merupakan langkah untuk meraikan LGBTQ dan ramai yang sudah meraikannya. Jangan ingin Respawn akan berhenti di sini, mungkin kisah Fuse dan Bloodhound hanya permulaan sahaja.

Apa pendapat korang tentang kisah hubungan Fuse dan Bloodhound dan langkah meraikan LGBTQ dalam Apex Legends? Kongsikan pendapat korang di ruangan komen. Ikuti Gamer Santai untuk mendapatkan lebih banyak berita mengenai game, anime, teknologi dan banyak lagi!

Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy
Tags: Apex LegendsFuse x BloodhoundGameRespawn Entertainment
Previous Post

Tak sampai satu hari, Elon Musk pecat CEO Twitter & ramai lagi!

Next Post

“Bukan paru-paru saja, rokok juga merosakkan konsol” – kata pemilik PS4!

Alan Fikri

Alan Fikri

Seorang yang membesar dengan anime, manga dan game. Tidak lupa juga dengan teknologi yang semakin pesat berkembang. Harap apa yang saya kongsikan dapat memberi manfaat kepada para pembaca.

Related Posts

Capcom Umum Resident Evil Requiem, Akan Datang 27 Februari 2026
Berita

Capcom Umum Resident Evil Requiem, Akan Datang 27 Februari 2026

June 7, 2025
Menangi ROG Ally X & Hadiah Eksklusif Lain, Dengan Bermain Monster Hunter Wilds Bersama ASUS ROG
Berita

Menangi ROG Ally X & Hadiah Eksklusif Lain, Dengan Bermain Monster Hunter Wilds Bersama ASUS ROG

June 6, 2025
Survival Kids Kini Dilancarkan, Eksklusif di Nintendo Switch 2
Berita

Survival Kids Kini Dilancarkan, Eksklusif di Nintendo Switch 2

June 6, 2025
Next Post
“Bukan paru-paru saja, rokok juga merosakkan konsol” – kata pemilik PS4!

"Bukan paru-paru saja, rokok juga merosakkan konsol" - kata pemilik PS4!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan
Berita

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan

June 5, 2025
Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!
Animasi

Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!

June 4, 2025
Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’
Berita

Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’

June 3, 2025
Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026
Filem

Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026

June 2, 2025
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd