Monster Hunter Rise: Sunbreak telah pun dilancarkan pada tahun lepas dan telah menerima pelbagai update sejak itu. Baru-baru ini, Capcom Asia telah mengumumkan yang Monster Hunter Rise: Sunbreak akan menerima update percuma (ver. 14) pada 7 Februari 2023.
Update kali ini, mereka memfokuskan kepada elder dragon iaitu Velkhana dan variasi kepada Crimson Glow Valstrax. Kandungan yang berada di Anamaly Research juga akan dikemas kini termasuk beberapa quest seperti Questy A8★ “Chaotic Gore Magala”. Anomaly Investigation akan dinaikkan sehingga level 220 dan mereka yang telah mencapai level 111 ke atas akan menemui Quest Risen Elder Dragon .
Terdapat juga Afflicted Material baharu yang boleh digunakan untuk mempertingkatkan senjata Qurious Crafting.
Velkhana

Ramai yang mengenali elder dragon ini sebagai “Ice Dragons that Freeze All” atau “Iceborne Wyvern,”. Dan sehingga kini Velkhana masih misteri. Dia yang bernafas ais mampu membentuk menara dan dinding ais, malah cukup kuat untuk membekukan raksasa lain.
Velkhana akan tersedia pada MR 10 dan ke atas.
Risen Crimson Glow Valstrax

Risen Crimson Glow Valstrax ialah elder dragon yang telah menemui cara untuk mengatasi penderitaan mereka. Dengan menekan virus Qurio, mereka telah mendapat kekuatan yang hebat dan kebolehan baharu.
Quest Risen Crimson Glow Valstrax akan dibuka pada MR 160 atau lebih tinggi.
“Chaotic Gore Magala” tiba di Anomaly Research Quest
Quest A8★ Anomaly

Quest Anomaly A8★ akan dibuka dan “Afflicted monsters” seperti Chaotic Gore Magala akan ditambah. Usaha untuk membunuh raksasa A8★ ialah quest yang sangat sukar yang perlu dibuka dengan membuat “Anomaly Investigations”. Pencarian Anomali A8★ akan tersedia apabila Tahap Penyelidikan Anomali mencapai Lv211 atau lebih tinggi.
Level Cap untuk Anomaly Investigations
Level cap untuk Anomaly Investigations akan dinaikkan kepada 220, jadi bersedia untuk pertempuran raksasa yang lebih mencabar dan dapatkan afflicted materials baharu. Dan quest level 111 ke atas akan muncul dan berhadapan dengan Risen Elder Dragons. Gunakan afflicted material baharu untuk meningkatkan tahap setiap item senjata Qurious Crafting.
Acara baharu akan ditambah

Selepas kemas kini Ver.14, event quest dengan ganjaran berbeza akan dikeluarkan secara kerap. Quest boleh dituntut dengan pergi ke Courier dan memilih “Add-on content” daripada menu. Mereka kemudiannya boleh diterima dengan pergi ke Quest Counter di Outpost atau Gathering Hub.
Tentang DLC

Layered Armor yang boleh diubah menjadi watak “Hunting Guide” dan Layered Armor Minoto yang merupakan quest serta pelukis “Hunting Guide” akan dilancarkan sebagai kandungan yang boleh dimuat turun secara berbayar. DLC ini akan mengandungi seperti item-item di bawah.
Set Layered Armor Hunter “Lance Gunn”.
Set Layered Armor Hunter “Ran Page”.
“Kit T.” Set Layered Armor Palico
“Pup R.” Set Layered Armor Palamute
Set Layered Armor “Minoto” Hunter

Bermula dengan set Layered Armor “Minoto”, kami juga akan menambah gesture baharu, pose, gaya rambut, solek & cat muka, BGM dan sticker serta suara pemburu tambahan.
Selepas dikemas kini, anda boleh mengakses Nintendo eShop atau Steam melalui Title Screen atau Courier di base anda.

Walaupun ianya adalah Free Update, Capcom telah menyediakan pelbagai kandungan yang menyeronokkan sehingga tertubuhnya satu komuniti yang besar sehingga kini. Apapun, Free Update untuk Monster Hunter Rise: Sunbreak akan tiba pada 7 Februari 2023 untuk Nintendo Switch dan Steam sahaja. Semoga berjaya kalahkan Velkhana.
Ikuti Gamer Santai untuk mendapatkan lebih banyak liputan menarik mengenai game, anime, teknologi dan banyak lagi daripada kami.
@gamersantaimy
Discussion about this post