Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Free Fire x Naruto Shippuden – Lawat Konoha & Main Sebagai Naruto!

Razin Syafiq by Razin Syafiq
January 9, 2025
in Android, Anime, Artikel, Berita, iOS, Mobile, Shooter
0 0
0
Free Fire x Naruto Shippuden – Lawat Konoha & Main Sebagai Naruto!
Share on FacebookShare on Twitter

Garena Free Fire memulakan tahun 2025 dengan kolaborasi anime terbesar setakat ini! Acara yang dinanti-nantikan, Free Fire x Naruto Shippuden, akan berlangsung dari 10 Januari hingga 9 Februari, membawa gabungan epik antara dunia Battle Royale dan ninja.

Pemain boleh menikmati kandungan eksklusif dalam game, koleksi bertema Naruto, serta elemen gameplay baharu, termasuk Super Emote pertama dalam Free Fire! Untuk pengalaman yang lebih seronok, muzik ikonik dari NARUTO SHIPPUDEN, termasuk Naruto Main Theme, akan dimainkan sepanjang acara berlangsung.

Lawat Konoha dalam Mod Battle Royale

Kredit: Garena

Salah satu update paling menarik dalam kolaborasi ini ialah transformasi Rim Nam Village di Bermuda kepada kampung Konoha! Pemain kini boleh muncul di kampung ninja legenda ini dan menjelajah lokasi ikoniknya:

  • Hokage Rock – Lihat ukiran wajah para Hokage yang terpahat di gunung.
  • Ichiraku Ramen Shop – Singgah di kedai ramen kegemaran Naruto dan nikmati semangkuk ramen, yang memberikan buff EP sepanjang perlawanan.
  • Hokage Mansion & Exam Arena – Tempat berkumpul dan merancang strategi.
  • Rumah Naruto – Rehat sebentar di rumah Hokage Ketujuh sendiri.

Kurama Mengamuk di Bermuda

Kredit: Garena

Ketika pemain bersiap sedia untuk terjun dari kapal terbang, mereka akan mengalami kejutan luar biasa—Nine Tails (Kurama) sedang mengamuk! Bergantung kepada lokasi serangannya (kapal terbang, arsenal, atau kawasan pertempuran), pelbagai kejadian akan berlaku, yang mengubah dinamik permainan. Elemen kejutan ini menambah cabaran baharu yang menarik, memaksa pemain untuk menyesuaikan strategi mereka dengan pantas.

Kolaborasi ini turut memperkenalkan mekanik berinspirasi Naruto dalam mod Battle Royale dan Clash Squad:

  • Summoning Reanimation Jutsu (Revival Point) – Pemain yang terkeluar boleh dihidupkan semula menggunakan Summoning Reanimation Jutsu, dan kembali ke medan perang dengan kelengkapan lebih kuat.
  • Ninjutsu Scroll Airdrops – Pemain boleh mendapatkan skrol ninjutsu yang meningkatkan keupayaan pertempuran mereka.
  • Cabaran Bertema Jutsu – Sertai pelbagai cabaran berinspirasikan Ninjutsu dalam pelbagai mod.
Kredit: Garena

Koleksi Eksklusif Bertema Naruto

Kredit: Garena

Tiada kolaborasi lengkap tanpa koleksi istimewa. Peminat berpeluang mendapatkan:

  • Bundle watak – Bertemakan Uzumaki Naruto, Uchiha Sasuke, dan Hatake Kakashi, membolehkan pemain memakai kostum ninja kegemaran mereka.
  • Emote Jutsu Ikonik – Menampilkan pergerakan khas dari anime.
  • Skill Cards – Sehingga enam Skill Card dengan serangan berasaskan teknik pertempuran Naruto.
  • Super Emote Pertama dalam Free Fire – Pemain boleh memanggil Gamabunta, si katak gergasi, untuk aksi epik di luar pertempuran.

Jangan lepaskan peluang ini, Free Fire boleh dimuat turun sekarang di Apple iOS App Store dan Google Play Store.

Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy
Tags: Free Firenaruto
ShareTweetSend
Previous Post

Pengalaman Kami di Kamen Rider 50th Anniversary Exhibition Malaysia – Dari Showa Hingga Reiwa!

Next Post

Etheria: Restart Mulakan Closed Beta Test Untuk 2025 – Sertai Sekarang!

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

Menangi ROG Ally X & Hadiah Eksklusif Lain, Dengan Bermain Monster Hunter Wilds Bersama ASUS ROG
Berita

Menangi ROG Ally X & Hadiah Eksklusif Lain, Dengan Bermain Monster Hunter Wilds Bersama ASUS ROG

June 6, 2025
Survival Kids Kini Dilancarkan, Eksklusif di Nintendo Switch 2
Berita

Survival Kids Kini Dilancarkan, Eksklusif di Nintendo Switch 2

June 6, 2025
Nantikan Acara Demon Slayer Experience Di Malaysia, Bermula 28 Jun Di Pavilion Bukit Jalil!
Anime

Nantikan Acara Demon Slayer Experience Di Malaysia, Bermula 28 Jun Di Pavilion Bukit Jalil!

June 6, 2025
Next Post
Etheria: Restart Mulakan Closed Beta Test Untuk 2025 – Sertai Sekarang!

Etheria: Restart Mulakan Closed Beta Test Untuk 2025 - Sertai Sekarang!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan
Berita

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan

June 5, 2025
Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!
Animasi

Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!

June 4, 2025
Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’
Berita

Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’

June 3, 2025
Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026
Filem

Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026

June 2, 2025
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd