Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Free Fire x Justin Bieber lancarkan muzik video “Beautiful Love (Free Fire)”

safwan by safwan
September 21, 2022
in Android, Artikel, Battle Royale, Berita, iOS, Mobile, Muzik
0 0
0
Free Fire x Justin Bieber lancarkan muzik video “Beautiful Love (Free Fire)”
Share on FacebookShare on Twitter

Bersempena dengan ulang tahun ke-5 Free Fire, mereka berkolaborasi bersama Justin Bieber dengan mengeluarkan satu lagu bertajuk “Beautiful Love (Free Fire) yang telah membuat debut pertamanya melalui persembahan in-game.

Persembahan in-game tersebut telah dilakukan pada penghujung bulan Ogos yang lepas dan secara tidak langsung telah memperolehi lebih 100 juta penonton dari seluruh dunia. Bagi sesiapa yang terlepas dengan persembahan tersebut, ini adalah peluang terbaik korang kerana mereka telah mengeluarkan satu muzik video rasmi.

Dalam muzik video tersebut, kita boleh lihat pelbagai elemen Free Fire yang disertakan didalamnya. Manakala animasi watak Justin Bieber itu sendiri nampak sangat lancar dan kemas. Saya mengangap yang mereka telah menggunakan teknologi MOCAP untuk mendapatkan hasil sehebat begitu.

Ini merupakan kali pertama untuk Garena Free Fire membuat virtual konsert bersama penyanyi popular. Sebelum ini, game battle royale Fortnite pernah menjemput Ariana Grande, Travis Scott, BTS dan Marshmello. Bukan Fortnite saja yang pernah membuat konsert seperti ini, Roblox pun ada. Mereka mengadakan virtual konsert bersama Lil Nas X dan Twenty One Pilots.

Dengan melancarkan muzik video “Beautiful Love (Free Fire)”, lagu ini secara rasmi telah tersedia di beberapa muzik streaming platform seperti Spotify, Apple Music dan Tidal.

Bagi sesiapa yang tidak mengenali Garena Free Fire, ia merupakan game battle royale yang dibangunkan oleh 111dots Studio dari Vietnam dan diterbitkan oleh Garena. Game ini akan menempatkan 50 orang pemain di pulau terpencil dan masing-masing perlu bertahan untuk menjadi orang yang terakhir hidup di sana.

Saya ingin mengingatkan sekali lagi bahawa lagu “Beautiful Love (Free Fire) ” daripada kolaborasi antara Free Fire dan Justin Bieber kini boleh didapati di mana-mana sahaja termasuk YouTube, Spotify, Apple Music dan Tidal. Untuk mendapatkan lebih banyak berita menarik mengenai Garena Free Fire, sila klik pautan ini.

Muat turun di sini
Garena Free Fire
Developer: Garena
Release Date: 2017-12-04
Android, iOS
Garena Free Fire adalah permainan video untuk bergerak dari genre permainan battle royale, yang dibangunkan oleh 111dots Studio dari Vietnam dan diterbitkan oleh Garena. Permainan ini dibebaskan betanya pada 20 November 2017 dan secara rasminya dikeluarkan untuk Android dan iOS pada 4 Disember 2017.
Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy
Tags: Free FireFree Fire x Justin BieberJustin Bieber
Previous Post

Preview kad Gallery of Legends daripada set Unfinity — Magic the Gathering!

Next Post

Cyberpunk 2077 kembali popular selepas keluaran anime Edgerunners, kini Top Seller di Steam!

safwan

safwan

Peminat game dari kecik, tapi ilmu tak cukup. Sekarang masih penuhkan ilmu game di dada dan cuba menulis tentang game kegemaran. Game yang selalu main adalah Valorant dan mana-mana game action adventure.

Related Posts

Menangi ROG Ally X & Hadiah Eksklusif Lain, Dengan Bermain Monster Hunter Wilds Bersama ASUS ROG
Berita

Menangi ROG Ally X & Hadiah Eksklusif Lain, Dengan Bermain Monster Hunter Wilds Bersama ASUS ROG

June 6, 2025
Survival Kids Kini Dilancarkan, Eksklusif di Nintendo Switch 2
Berita

Survival Kids Kini Dilancarkan, Eksklusif di Nintendo Switch 2

June 6, 2025
Nantikan Acara Demon Slayer Experience Di Malaysia, Bermula 28 Jun Di Pavilion Bukit Jalil!
Anime

Nantikan Acara Demon Slayer Experience Di Malaysia, Bermula 28 Jun Di Pavilion Bukit Jalil!

June 6, 2025
Next Post
Cyberpunk 2077 kembali popular selepas keluaran anime Edgerunners, kini Top Seller di Steam!

Cyberpunk 2077 kembali popular selepas keluaran anime Edgerunners, kini Top Seller di Steam!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan
Berita

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan

June 5, 2025
Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!
Animasi

Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!

June 4, 2025
Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’
Berita

Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’

June 3, 2025
Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026
Filem

Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026

June 2, 2025
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd