Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Forza Motorsport bakal tersedia pada 2023 dengan audio, kereta & litar yang lebih realistik!

safwan by safwan
January 26, 2023
in Acara, Artikel, Berita, PC, PC Game Pass, Steam, Sukan/lumba, Xbox, Xbox Series X|S
0 0
0
Forza Motorsport bakal tersedia pada 2023 dengan audio, kereta & litar yang lebih realistik!
Share on FacebookShare on Twitter

Berikutan dengan acara Xbox & Bethesda Developer Direct pagi tadi, Turn 10 Studio telah menunjukkan bagaimana mereka membangunkan Forza Motorsport supaya nampak, bunyi dan terasa seperti dunia sebenar.

Oleh itu, mereka telah menunjukkan setiap perincian yang boleh didapatkan melalui kereta, litar dan audio mereka.

Untuk pengetahuan anda, Forza Motorsport bakal dilancarkan pada tahun ini di Xbox Series X|S dan PC melalui Steam. Ia juga bakal tersedia di dalam Xbox Game Pass yang boleh dimainkan di dalam konsol, PC dan juga Cloud.

Kereta

Di dalam Forza Motorsport, mereka telah menyediakan lebih daripada 500 jenis kereta paling luar biasa dan semua kereta boleh diubah suai dengan lebih 800 upgrade yang disediakan. Dengan berpandukan tindak balas daripada pemain sebelum ini, mereka kini memberikan lebih banyak kereta, upgrade dan banyak lagi untuk memberikan pengalaman pemanduan yang lebih menyeronokkan.

Untuk memberikan rasa seperti dunia sebenar, mereka membina “material” dan “shader” supaya dapat memenuhi pengalaman ray-tracing. Tambah pula dengan cat kereta yang menggunakan “spectrophotometer”, sudah pasti ia menjadikan sesebuah kereta itu nampak lebih realistik tidak kira warna dan gloss level.

Walaupun kereta berada di dalam keadaan yang rosak atau kotor, mereka sangat berdedikasi untuk memberikan efek seperti dunia sebenar. Jadi, mereka mensimulasikan ketebalan cat dan arah kerosakan supaya dapat mengumpulkan keputusan dengan cara yang realistik.

Anda boleh lihat senarai kereta DI SINI.

Audio

Untuk menjadikan game ini lebih realistik, mereka telah membina semula setiap audio sistem untuk mencipta bunyi yang mengasyikkan supaya mencapai tahap kedalaman dan ketulenan sonic yang baharu kepada pemain.

Apabila pemain mengubah suai kereta seperti ekzos atau turbo, anda akan mendengar perubahan bunyi kereta seperti yang anda lakukan di dunia nyata. Mereka telah memberikan setiap kereta pelbagai bunyi berbeza berdasarkan bahagian yang anda pasang, serta audio tayar dan penggantungan yang dipertingkatkan.

Litar

Semasa game ini dilancarkan nanti, mereka akan menyediakan 20 persekitaran yang cantik dan ia sebenarnya telah dibina semula untuk Forza Motorsport. Persekitaran ini ditangkap menggunakan “photogrammetry” dan data imbasan laser yang sangat terperinci supaya litar dapat dibina secara realistik dalam game.


Apapun, Forza Motorsport akan dilancarkan pada tahun ini di Xbox Series X|S dan PC melalui Steam. Ia juga bakal tersedia di dalam Xbox Game Pass yang boleh dimainkan di dalam konsol, PC dan juga Cloud. Untuk maklumat lanjut mengenai Forza Motorsport, sila klik pautan ini.

Ikuti Gamer Santai untuk mendapatkan lebih banyak berita menarik mengenai game, anime, teknologi dan banyak lagi daripada kami.

Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy
Tags: Forza Motorsport
Previous Post

Redfall akan tersedia untuk Xbox Series X|S & PC pada 2 Mei, pratempah dibuka sekarang!

Next Post

Chainsaw Man Akan Tiba Di Netflix Pada 1 Februari! Tonton Aksi Hebat Daripada Devil Popular Ini!

safwan

safwan

Peminat game dari kecik, tapi ilmu tak cukup. Sekarang masih penuhkan ilmu game di dada dan cuba menulis tentang game kegemaran. Game yang selalu main adalah Valorant dan mana-mana game action adventure.

Related Posts

Menangi ROG Ally X & Hadiah Eksklusif Lain, Dengan Bermain Monster Hunter Wilds Bersama ASUS ROG
Berita

Menangi ROG Ally X & Hadiah Eksklusif Lain, Dengan Bermain Monster Hunter Wilds Bersama ASUS ROG

June 6, 2025
Survival Kids Kini Dilancarkan, Eksklusif di Nintendo Switch 2
Berita

Survival Kids Kini Dilancarkan, Eksklusif di Nintendo Switch 2

June 6, 2025
Nantikan Acara Demon Slayer Experience Di Malaysia, Bermula 28 Jun Di Pavilion Bukit Jalil!
Anime

Nantikan Acara Demon Slayer Experience Di Malaysia, Bermula 28 Jun Di Pavilion Bukit Jalil!

June 6, 2025
Next Post
Chainsaw Man Akan Tiba Di Netflix Pada 1 Februari! Tonton Aksi Hebat Daripada Devil Popular Ini!

Chainsaw Man Akan Tiba Di Netflix Pada 1 Februari! Tonton Aksi Hebat Daripada Devil Popular Ini!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan
Berita

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan

June 5, 2025
Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!
Animasi

Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!

June 4, 2025
Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’
Berita

Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’

June 3, 2025
Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026
Filem

Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026

June 2, 2025
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd