Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Forza Horizon 6 dilaporkan dalam pembangunan melalui senarai jawatan kerja

Maira by Maira
May 10, 2022
in Artikel, Berita, Game, Sukan/lumba
0 0
0
Forza Horizon 6 dilaporkan dalam pembangunan melalui senarai jawatan kerja
Share on FacebookShare on Twitter

Forza Horizon 5 telah pun menemui peminat pada November yang lalu dan menerima banyak maklum balas positif kerana ciri-ciri hebat yang terdapat dalam game itu. Antara ciri tersebut ialah ciri bahasa isyarat semasa dialog dimainkan. Melihat daripada kejayaan Forza 5, nampaknya pihak pembangun sedang mencari staf baru untuk sertai pembangun Forza yang lain. Ini secara tidak langsung memberi klu bahawa Forza Horizon 6 dalam pembangunan.

Melalui Gamerant, nampaknya ada sebuah laporan yang mengatakan bahawa entri terbaru Forza Horizon sedang dalam pembangunan apabila senarai jawatan kerja baru telah ditemui daripada Playground Games. Senarai itu boleh dilihat melalui GameJobs.co, sebuah laman web yang khusus untuk kerja melibatkan gaming, daripada mereka bentuk, jurutera dan banyak lagi. Pasukan Forza Horizon kini mencari “level designer” baru untuk turut serta dalam pembangunan game AAA terbaru. Jadi, memang ramai peminat terus menganggap bahawa Forza Horizon 6 sedang dibangunkan oleh Playground Games.

Jawatan kerja itu juga menunjukkan bahawa level designer akan bekerjasama rapat dengan pasukan artis environment dan meletakkan fokus pada struktur dalaman game baru. Forza Horizon 5 juga merupakan sebuah game yang mempunyai pemanduan realistik dan Playground Games telah berjaya mengekalkan prestasi itu. Harap-harap Forza 6 akan datang dengan lebih cabaran dan ciri hebat lain.

Kepada anda yang tidak tahu, siri Forza merupakan pesaing kepada siri Gran Turismo oleh Sony. Game pertama siri telah dikeluarkan pada tahun 2005, bertajuk Forza Motosport. Selepas itu, ia telah menerima enam lagi entri baru. Forza Horizon pula mula diperkenalkan pada tahun 2012 dan telah mendapat sambutan hangat daripada pemain. Forza Horizon 5 hadir dengan lebih hebat apabila berjaya memecahkan rekod jualan game siri terdahulu. Memandangkan entri baru Forza selalu dilancarkan selepas dua tahun, mungkin Playground Games akan perkenalkan kita kepada Forza 6 tidak lama lagi. Apapun kita tunggu sahaja pengumuman rasmi daripada pembangun.

Untuk mendapatkan liputan lain mengenai Forza Horizon daripada kami, sila klik pautan ini.

Sumber: Gamerant

Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy
Tags: ForzaForza Horizon 6
Previous Post

Senarai atlet esports Malaysia yang bertanding di Sukan SEA Hanoi 2021

Next Post

Online server WWE 2K19/2K20 akan tutup pada 30 Jun 2022

Maira

Maira

Terperangkap dalam game gacha (grind sampai habis bateri fon). Game rhythm dan JRPG memang berpisah tiada. Kadang-kadang melukis sambil layan stream VTuber.

Related Posts

RGG Studio Memperkenalkan Semula Stranger Than Heaven, Dahulu Dikenali Sebagai Project Century
Berita

RGG Studio Memperkenalkan Semula Stranger Than Heaven, Dahulu Dikenali Sebagai Project Century

June 7, 2025
Onimusha: Way of the Sword Tampilkan Musuh Dalam Game & Aksi Combat Epik
Berita

Onimusha: Way of the Sword Tampilkan Musuh Dalam Game & Aksi Combat Epik

June 7, 2025
Mundfish Umum Atomic Heart II – Bakal Lancar Pada 2026 Untuk Konsol & PC
Berita

Mundfish Umum Atomic Heart II – Bakal Lancar Pada 2026 Untuk Konsol & PC

June 7, 2025
Next Post
Online server WWE 2K19/2K20 akan tutup pada 30 Jun 2022

Online server WWE 2K19/2K20 akan tutup pada 30 Jun 2022

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan
Berita

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan

June 5, 2025
Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!
Animasi

Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!

June 4, 2025
Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’
Berita

Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’

June 3, 2025
Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026
Filem

Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026

June 2, 2025
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd