Ada apa dengan Fortnite patch 5.2 ni? senjata baru, Double Barrel Shotgun, LTM (Limited Time Mode) baru dan beberapa tambahan dan perubahan kecik dalam patch baru ni. Double Barrel shotgun ni katanya amat berguna untuk jarak dekat kerana burst damage nya yang tinggi, tapi biasalah shotgun, makin jauh makin kurang ler damage. Shotgun ni juga mempunyai variasi Epic dan Legendary dimana Legendary punya variasi boleh mencecah base damage sebanyak 150 kalau ko tembak dekat giler ngan musuh.
Mode LTM terbaru pulak diperkenalkan dengan nama Steady Storms, di mana akan ada bulatan random yang semakin mengecil tanpa henti, ia menghasilkan 10 damage per saat dan berlarutan selama 15 minit, err sakit gak. Selain daripada tu, terdapat juga beberapa perubahan cam vending machine punya spawn rate, Max stack size tuk Remote explosion dan pelbagai lagi lah termasuk beberapa Bug Fix yang lain. Untuk maklumat lanjut korang boleh refer patch Notes 5.20 tu kat sini.
@gamersantaimy
Discussion about this post