Amat mengejutkan, Epic Games mengumumkan bahawa Fortnite kini boleh dimuat turun di Google Play Store secara rasmi. Selama 18 bulan sejak pelancaran di mobile, pengguna Android terpaksa memuat turun Fortnite menggunakan program Fortnite Installer di laman web rasmi permainan. Epic memilih untuk menggunakan kaedah ini berbanding dengan Google Play Store, kerana penerbit Fortnite tidak bersetuju dengan komisyen 30% Google untuk pembelian dalam permainan. Walaupun Epic Games telah mengalah dan setuju dengan pelepasan rasmi di Play Store, ia amat jelas bahawa Epic tidak gembira dengan langkah ini.
Fortnite is now available on the Google Play Store.
Check it out now! pic.twitter.com/EOA3jpMIu8
— Fortnite (@FortniteGame) April 21, 2020
Tindakan ini pasti akan memudahkan pengguna Android untuk mencari dan memuat turun Fortnite, tetapi ramai memahami kekecewaan Epic dengan keadaan itu. Sejak permainan dilancarkan, penerbit telah berjuang keras untuk menegaskan kawalan terhadap pengedaran dan pengewangan permainan.
“Setelah 18 bulan mengoperasikan Fortnite di Android di luar Google Play Store, kami sampai pada satu kesimpulan. Google meletakkan pelbagai kekurangan pada perisian yang boleh dimuat turun di luar Google Play seperti pop-up repetitif yang menakutkan untuk perisian atau kemas kini, Google menyifatkan aplikasi third party sebagai malware, dan Google Play Protect yang menyekat secara langsung perisian yang diperoleh di luar Google Play Store.” – Epic Games.
Walaupun Apple pun menerima komisyen yang sama kepada sejak Fortnite dilancarkan di iOS, Android memiliki pasaran global yang lebih tinggi. Mari kita lihat apa akan terjadi pada masa akan datang. Adakah anda gembira melihat Fortnite ditambahkan ke Google Play Store? Mari muat turun di link berikut:

@gamersantaimy
Discussion about this post