Edisi paling lengkap Football Manager akan membawa J.League, yang akan memberikan pemain peluang untuk menguruskan kelab Jepun dalam Football Manager 2024 (FM24)!
Perjanjian pelesenan serba baharu itu memperkenalkan Meiji Yasuda Insurance Ltd J.1 League, J.2 League dan J.3 Leagues dan memberi akses sepenuhnya untuk Jepun sebagai negara yang boleh dimainkan dalam game. Kesemua 60 kelab J.League berlesen sepenuhnya menampilkan logo rasmi, kit dan gambar-gambar pemain mereka daripada musim J.League 2023!
Pengarah Sports Interactive Studio Miles Jacobson berkata: “Menandatangani perjanjian dengan J.League adalah sesuatu yang kami mahu lakukan sejak sekian lama dan dapat menggabungkannya dengan pelancaran pertama kami di Jepun merupakan satu kejayaan besar bagi studio dan keluarga SEGA yang lebih luas.
“Selama bertahun-tahun, kami telah berdepan dengan soalan ‘di mana J.League?’ daripada peminat kami, jadi saya sangat gembira kerana kami akhirnya dapat melakukannya dan teruja untuk pemain kami mengenali liga dan kelab dengan lebih baik serta menemui bakat baharu dari Jepun. Untuk peminat dan pemain baharu kami di Jepun, ia amat menggembirakan kerana mereka akan dapat merasai salah satu kegembiraan sebenar FM – mengurus pasukan kegemaran anda dan merealisasikan impian bola sepak anda!”

Football Manager 2024 akan dilancarkan secara global di pelbagai platform mulai 7 November dengan sokongan bahasa Jepun buat kali pertama. Sebagai edisi ke-20 dan paling lengkap dalam siri Football Manager setakat ini, FM24 menyertakan beberapa peningkatan pada gameplay yang membawa keaslian bola sepak ke tahap yang lebih tinggi daripada sebelum ini. Banyak ciri baharu game ini dibentuk oleh pakar-pakar serta rakan kongsi daripada dunia bola sepak profesional, memberikan pengalaman yang imersif.
Anda boleh dapatkan maklumat lanjut mengenai penambahbaikan terhadap transfer market dan club finances melalui media sosial rasmi dan laman web rasmi game.

Peningkatan selanjutnya pada tajuk PC/Mac, termasuk perkembangan pada Match Engine dan refresh kepada Set Pieces, akan diperincikan sepanjang bulan September sehingga awal Oktober. Seperti yang didedahkan melalui roadmap game, ciri baharu dan penambahbaikan gameplay untuk FM24 konsol dan mobile akan didedahkan bermula 22 Oktober. Ciri-ciri Touch pula akan didedahkan pada awal November.

Pemain yang pra-tempah FM24 pada PC/Mac atau konsol (Xbox/PS5*) daripada kedai digital yang disahkan SEGA sebelum pelancaran pada 7 November akan mencapat diskaun sebanyak 10%. *Diskaun PS5 hanya untuk pelanggan PS Plus.
Mereka yang pra-tempah pada PC dan Mac, daripada kedai digital yang mengambil bahagian, juga boleh memulakan kerjaya pengurusan mereka lebih awal daripada jadual dengan Early Access game. Ia akan tersedia melalui Steam dan Epic Games Store kira-kira dua minggu sebelum tarikh pelancaran rasmi, dan kerjaya single-player yang bermula dalam tempoh itu boleh diteruskan apabila kemas kini game untuk pelancaran pada 7 November.
Lawati laman web rasmi Football Manager 2024 untuk maklumat lanjut game. Untuk mendapatkan berita lain mengenai Football Manager daripada kami, boleh klik pautan ini.
@gamersantaimy
Discussion about this post