Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Football Manager 2023 Review — Kembali Dengan Penambahan Yang Ditunggu Peminat!

Maira by Maira
December 15, 2022
in Artikel, Berita, Game, Game Review, Review, Sukan/lumba
0 0
0
Football Manager 2023 Review — Kembali Dengan Penambahan Yang Ditunggu Peminat!
Share on FacebookShare on Twitter

Selalu kalau game bola sepak, mesti ramai yang akan bercerita tentang FIFA ataupun PES. Tetapi ada satu lagi game bola sepak yang sedikit berbeza, di mana kita sendiri yang menguruskan pasukan pemain. Game yang dimaksudkan ialah Football Manager 2023! Kami juga bukan selalu main game seperti ini. Jadi ingin tahu best atau tidak, teruskan membaca review ini!

UEFA Champions League

Untuk entri terbaru ini, pemain tidak perlu menggunakan mod lagi kerana Liga Eropah telah pun rasmi ditambahkan dalam game ini. Antaranya ialah UEFA Champions League, UEFA Europa League dan UEFA Conference League.

Kami suka cara pembangun mempersembahkan UEFA Champions League. Anda boleh lihat betapa sengitnya apabila Group Stage dan Knockout Phase bermula. Terutama jika pasukan yang anda bina masuk ke dalam kumpulan yang hebat-hebat belaka. Pembangun melakukan kerja yang hebat di sini dalam memberikan sensasi yang sama seperti di dunia nyata.

football manager 2023

Tetapi apabila saya memasuki perlawanan dalam UEFA Champions League, saya tidak merasakan suasana yang sama seperti di dunia nyata. Pada pendapat saya, suasananya sama seperti bermain di liga biasa. Satu-satunya perbezaan ialah lagu intro ikonik pada papan skor UEFA Champions League. Alangkah bagusnya jika suasana yang diberikan menjadi lebih meriah.

Peminat dan penyokong merupakan aspek utama kerjaya

Peminat boleh menjadi penting untuk peranan anda sebagai pengurus dalam kelab. Ciri baharu telah diperkenalkan iaitu “Supporter Profile & Confidence”. Kerjaya anda sebagai pengurus kelab akan dinilai melalui ciri ini. Sebagai contoh, kalau peminat tidak berpuas hati, peminat boleh mempengaruhi keputusan lembaga kelab untuk menamatkan kontrak anda sebagai pengurus kelab.

Mereka biasanya akan mempunyai permintaan dan tuntutan seperti menamatkan saingan di peringkat lebih tinggi daripada pesaing kelab, mendapatkan seramai mungkin pemain tempatan, menggunakan pemain muda, bermain secara menyerang, malah menuntut untuk memenangi liga dan menjadi yang terbaik di Eropah.

football manager 2023

Apa yang kami hargai ialah ciri ini dilaksanakan bergantung pada kelab yang anda bekerja. Jika saya seorang pengurus di Dortmund, mereka mempunyai ramai peminat setia “berprofil rendah”. Mereka tidak akan menuntut apa-apa daripada anda dan tugas anda hanya perlu mengalahkan pesaing, menggunakan skuad muda dan menjadi kelab dominan di Jerman. Namun, ia sangat berbeza jika anda pengurus di kelab seperti Man United, peminat akan menuntut anda sentiasa menang dan mendapatkan pemain hebat.

Selain daripada perlu menjawab permintaan peminat, anda sebagai pengurus juga perlu mempunyai kemahiran komunikasi yang baik semasa sidang akhbar. Jika tidak, peminat kadangkala boleh berasa marah dengan kata-kata anda. Jadi pada pendapat kami, anda benar-benar perlu memahami budaya bola sepak, bukan sahaja secara umum malah dalam kelab yang anda uruskan.

AI yang semakin mencabar

Football Manager 2023 sebenarnya sebuah game yang mudah untuk dimainkan. Asalkan anda memahami bola sepak secara umum, anda pasti akan sukakannya. Namun, kadangkala kami berasa sangat kecewa kerana tidak dapat memenangi perlawanan, terutamanya menentang saingan. Salah satu perbezaan ketara dalam FM23 ialah AI sudah lebih sukar apabila lawan adalah saingan.

football manager 2023

Saya boleh dengan mudah mengalahkan kelab “setara” dalam UEFA Champions League. Tetapi atas sebab tertentu, sangat sukar untuk bersaing dengan FC Schalke 04, yang telah menjadi saingan sebenar untuk masa yang lama. Pemain juga akan merasai tekanan kerana penyokong yang menuntut untuk sentiasa menang menentang saingan. Kami fikir ia adalah perkara yang baik untuk merasai suasana yang sama seperti di dunia nyata.

Sistem scout yang diperbaharui

Salah satu perbezaan lain dalam Football Manager 2023 ialah sistem scout yang dirombak. Anda tidak perlu memahami aspek terperinci tentang bakat pemain muda, ianya telah diterangkan dalam penilaian. Pemain akan dikategorikan sebagai “Recommended”, “Near Matches” atau “Ongoing”. Selepas mengetahui rating dan cadangan, anda hanya perlu memilih pemain mana yang paling sesuai untuk kelab dan padankan dengan bajet yang anda ada. Kami sangat suka ciri scout terbaru ini kerana ia lebih terperinci dan mudah difahami. Ia juga aspek yang penting untuk kelab bola sepak anda pada masa hadapan.

football manager 2023

Kesimpulan

Secara keseluruhan, Football Manager 2023 adalah sama seperti tahun-tahun sebelumnya. Mereka menambah beberapa ciri yang agak penting. Ciri baru seperti Supporter Profile & Confidence merupakan tambahan terbesar bagi kami sebagai peminat bola sepak. Ia juga memberikan kesan realistik kepada game.

Walaupun begitu, masih terdapat beberapa kekurangan yang boleh diperbaiki, contohnya suasana UEFA Champions League yang sepatutnya boleh lebih meriah. Selain daripada “live draw”, kami tidak nampak sangat perubahan yang ketara daripada entri terdahulu dengan mod yang dihasilkan oleh komuniti sebelumnya.

Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy

The Review

Football Manager 2023

7 Score

PROS

  • AI yang semakin bagus
  • Peranan peminat dan penyokong
  • Scouting lebih mudah difahami

CONS

  • Suasana semasa liga kurang meriah

Review Breakdown

  • Penilaian akhir 0
Tags: FM23Football Manager 2023
Previous Post

SpellForce: Conquest of Eo pamer kelas Necromancer – visual gameplay baru!

Next Post

City Hunter bakal dapat filem live action di Netflix! Dibintangi oleh Ryohei Suzuki!

Maira

Maira

Terperangkap dalam game gacha (grind sampai habis bateri fon). Game rhythm dan JRPG memang berpisah tiada. Kadang-kadang melukis sambil layan stream VTuber.

Related Posts

RGG Studio Memperkenalkan Semula Stranger Than Heaven, Dahulu Dikenali Sebagai Project Century
Berita

RGG Studio Memperkenalkan Semula Stranger Than Heaven, Dahulu Dikenali Sebagai Project Century

June 7, 2025
Onimusha: Way of the Sword Tampilkan Musuh Dalam Game & Aksi Combat Epik
Berita

Onimusha: Way of the Sword Tampilkan Musuh Dalam Game & Aksi Combat Epik

June 7, 2025
Mundfish Umum Atomic Heart II – Bakal Lancar Pada 2026 Untuk Konsol & PC
Berita

Mundfish Umum Atomic Heart II – Bakal Lancar Pada 2026 Untuk Konsol & PC

June 7, 2025
Next Post
City Hunter bakal dapat filem live action di Netflix! Dibintangi oleh Ryohei Suzuki!

City Hunter bakal dapat filem live action di Netflix! Dibintangi oleh Ryohei Suzuki!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan
Berita

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan

June 5, 2025
Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!
Animasi

Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!

June 4, 2025
Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’
Berita

Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’

June 3, 2025
Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026
Filem

Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026

June 2, 2025
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd