Fnatic, jenama esport global yang berpusat di London, telah mengumpulkan dana sebanyak $19 juta (RM78.5 Juta) dalam pembiayaan untuk meningkatkan pengembangannya. Ia juga melancarkan pasukan eksekutif tersendiri. Pengasas Fnatic, Sam Mathews akan terus kekal menjadi CEO, manakala bekas CEO Wouter Sleijffers akan turun selepas empat tahun bersama. Nick Fry, bekas Ketua Pegawai Eksekutif Mercedes AMG F1, telah dinamakan sebagai pengerusi, dan pengasas Affectv, Glen Calvert pula dijadikan sebagai ketua pegawai operasi.
You can read more here:https://t.co/iGmhHOrb68
— Sam Mathews (@sammathews) May 1, 2019
Fnatic akan menyalurkan wang tersebut ke arah pengembangan global yang lebih lama, mengukuhkan pasukan liga terasnya, melancarkan produk baru termasuk talian audio, dan meningkatkan usaha pemasaran untuk menyesuaikan skopnya yang lebih meluas. Menurut Sam Mathews:
“Ini adalah moment penting dalam evolusi Fnatic. Saya amat berbangga dengan apa yang telah kami capai sepanjang 15 tahun yang lalu, dan sekarang adalah masa untuk membina asas yang lebih kukuh untuk merealisasikan visi kami sebagai jenama esports global yang terkemuka.”
Pasukan League of Legends Fnatic mendapat tempat kedua dalam Kejohanan Dunia LoL tahun lepas, yang dilihat oleh kira-kira 100 juta orang di seluruh dunia. Pasukan Fnatic juga mempunyai barisan hardwarenya tersendiri serta menjana 2.4 bilion jam tontonan pada tahun 2018. Pelaburan terkini akan digunakan untuk struktur syarikat terus berkembang ke Asia dan Amerika Utara, mengekalkan jenama global yang paling maju ke hadapan, dan mengukuhkan kedudukannya sebagai organisasi sukan gaya hidup terkemuka di seluruh dunia.

Bagi landskap e-sukan pula, Mathews berkata, “Ia kelihatan sangat menarik. Setiap tahun, terdapat lebih banyak permainan yang menarik, seperti Apex Legends, yang saya fikir ia mempunyai potensi besar untuk e-sukan. Fnatic mempunyai lebih daripada 50 ahli pasukan di seluruh permainan dan 90 orang kakitangan. Syarikat ini juga mempunyai sekitar 6 juta pengikut di seluruh salurannya. Tahniah diucapkan kepada Fnatic, semoga terus maju jaya!
Sumber: Games Industry Biz
@gamersantaimy
Discussion about this post