Siri Fire Emblem dikenali di seluruh dunia dan majori setuju bahawa ia adalah salah satu francais JRPG paling popular di Nintendo Switch, di mana entri terakhir, Fire Emblem: Three Houses -yang dikeluarkan pada 2019- telah menjual 3.5 juta salinan dihantar dalam 18 bulan pertama. Selalunya memakai sistem turn-based JRPG, kini Fire Emblem tiba dalam bentuk “Action Musou” dalam game terbaru berjudul Fire Emblem Warriors: Three Hopes.
Spinoff ini meletakkan pemain dalam dunia realiti alternatif bagi cerita Three Houses, dan daripada menggunakan gameplay turn-based JRPG taktikal, Three Hopes secara khususnya menampilkan pertempuran hack-and-slash ala-ala musou, sama seperti Dynasty Warriors, Samurai Warriors, Hyrule Warriors: Age of Calamity dan lain-lain.
Pihak Mmsoft dengan baik hati mengizinkan kami cuba game ini dan berikut adalah review saya untuk Fire Emblem Warriors: Three Hopes!
Jalan cerita

Kita akan bermain sebagai seorang askar upahan bernama Shez (boleh pilih antara lelaki atau perempuan). Dalam dunia alternatif kepada ‘Three Houses’, Edelgard, Dmitri dan Claude kini adalah musuh kepada Byleth, yang telah menjadi ‘Ashen Demon’.
Kisah ini bermula apabila Byleth mengalahkan Shez dan membunuh sekutu mereka. Walau bagaimanapun, mereka secara misteri menjalin hubungan dengan entiti mistik Arval, yang menyelamatkan mereka daripada mati. Didorong oleh perasaan membalas dendam terhadap Byleth, mereka terlibat dalam rancangan politik di Fódlan (wilayah) di mana kita dapat mengalami salah satu daripada tiga jalan cerita unik yang terikat pada setiap ‘Houses’.
Sama seperti siri Fire Emblem yang lain, gaya penceritaan Three Hopes sangat kuat dan menghubungkan kita dengan setiap watak yang tampil dalam game. Sesetengah watak popular daripada Three Houses seperti Dorothea tidak mempunyai banyak penampilan dalam entri ini, tetapi secara keseluruhan story building antara watak mendedahkan beberapa aspek baharu yang peminat sebelum ini tidak tahu.
Sistem pertempuran

Pertempuran mengikut formula Musou iaitu kita “membunuh musuh demi musuh secara pantas sambil cuba mengalahkan sasaran tertentu atau mengambil alih kubu mereka”. Kebanyakan level akan berlangsung dalam lebih kurang 10-15 minit, di mana pertarungan yang lebih besar (mengikut jalan cerita) akan mengambil masa yang lebih lama, biasanya dengan pelbagai objektif dan sub-objektif yang memastikan aksi sentiasa ada.
Pemain boleh menukar watak, dan boleh mengarahkan mereka untuk menyerang atau mempertahankan unit tertentu, yang menambah elemen strategi dan pemikiran kepada sistem pertempuran. Pemain selalunya akan mendapati diri mereka terpaksa berhadapan dengan ancaman tambahan yang tidak dijangka dan memastikan unit mereka bersedia untuk menjaga beberapa kawasan di atas medan perang sekaligus dan bukannya “semua pergi menyerang satu sasaran.”

Three Hopes membuat kerja yang bagus dalam melaksanakan elemen sistem pertempuran berbeza dalam Fire Emblem. Sistem ‘weapon triangle’ (daripada game sebelum) juga diterapkan ke spinoff ini yang bermakna kelas dan senjata berbeza masih penting untuk menghadapi musuh. Pemain perlu memberi perhatian apabila memilih parti mereka dan memberi tugasan, supaya unit sentiasa mempunyai kelebihan.
Selain itu, game ini juga melaksanakan “pair system” dan “battalion system”, yang merupakan tambahan bagus walaupun tidak memberi kesan kepada gameplay keseluruhan.

Item dan senjata pun mudah dicari tetapi kuantitinya yang banyak boleh menjadi agak memenatkan apabila menyusun sat per satu. Sekurang-kurangnya, sistem memudahkan kerja kita untuk memakai perisai/senjata pada watak di mana ia akan melengkapkan inventori “optimum” mengikut kekuatan barang.
Sistem kelas juga membolehkan mana-mana unit untuk menjadi mana-mana kelas, kecuali beberapa kelas eksklusif. Ini secara tidak langsung menggalakkan pemain untuk menggunakan keseluruhan watak yang disediakan.

Seperti kebanyakan game musou, game ini sangat player-friendly dari segi cabaran. Pada difficulty biasa, pemain mungkin perlu sembuhkan nyawa sekali-sekala. Untuk mereka yang inginkan cabaran, pihak studio telah menambah pilihan “Classic” dan “Casual”. Bagi mereka yang memilih Classic, ini bermaksud unit anda yang mati akan hilang selama-lamanya dan tidak boleh dipakai lagi.
Apa berlaku selepas pertarungan?

Maka, tibalah ke bahagian pengurusan. Selepas setiap pertarungan, pemain perlu kembali ke kem untuk menguruskan segala yang peroleh daripada medan perang bagi mengembangkan lagi fasiliti, melatih watak-watak dan sebagainya.
Pertama sekali adalah Training dan merupakan salah satu perkara utama yang perlu diuruskan untuk setiap watak. Supaya tiada salah faham, training tidak akan meningkatkan level watak, sebaliknya ia meningkatkan “experience” kelas mereka. Kelas watak pula tidak tetap, oleh itu anda boleh menukar mana-mana kelas yang anda inginkan untuk watak tersebut. Pemain juga boleh menggunakan material daripada medan perang untuk menghasilkan senjata baru, dan membaiki senjata.

Seterusnya adalah sistem “character bonding”. Apabila anda mempunyai hubungan yang lebih mendalam bersama rakan sekutu, kita akan menghasilkan damage bonus apabila bertarung bersama. Bukan rakan sekutu dengan protagonis sahaja, malah hubungan antara semua sekutu pun boleh ditingkatkan bersama-sama. Terdapat banyak perkara yang boleh dilakukan bagi meningkatkan perhubungan di kem, tetapi antara yang paling mudah adalah dengan bercakap dengan mereka atau memberi hadiah.
Apabila kita dan salah seorang rakan sekutu mencapai level C, anda boleh menjemputnya membuat Expedition, yang memberi peluang untuk mengetahui lebih lanjut untuk belajar tentang latar belakang dengan mereka.


Sejujurnya, ini adalah bahagian yang paling santai dalam game. Gamer yang sukan action 100% mungkin merasa bahagian ini “boring”, jadi tidak mengapa untuk melangkau bahagian ini. Anda masih boleh menang walaupun hubungan bersama teman tidak rapat tetapi ia lebih menyeronokkan untuk berinteraksi dengan mereka.
Secara khusus, hanya pemain yang mengikut kisah Fire Emblem daripada A-Z sahaja yang akan suka adegan ini.
Pendapat

Walaupun FE Warriors Three Hopes memfokuskan pada Musou, ia masih mempunyai banyak elemen untuk dijaga dan diuruskan (untuk mengekalkan pengalaman Fire Emblem original). Sejujurnya, gameplay-nya lebih rumit daripada game Musou biasa tetapi pada masa yang sama, masih mudah untuk faham walaupun korang bukan peminat JRPG.
Secara keseluruhan, Fire Emblem Warriors: Three Hopes boleh dianggap sebagai salah satu spinoff paling seronok dalam genre Musou setakat ini. Game ini menyelami sepenuhnya elemen siri FE dan mencuba sesuatu yang berlainan untuk pasaran baru.

Walaupun keseluruhan cerita agak kompleks (perlu bermain game lama untuk faham) untuk pemain baru, peluang untuk meluangkan lebih banyak masa dengan watak-watak ikonik dan melihat mereka berinteraksi antara satu sama lain pasti dihargai oleh mereka yang dah lama mengikuti siri ini.
Bagi sesiapa yang berminat, Fire Emblem Warriors: Three Hopes boleh didapati sekarang secara eksklusif di Nintendo Switch!
@gamersantaimy
The Review
Fire Emblem Warriors: Three Hopes
PROS
- Campuran mekanik yang bagus daripada FE ke genre Musou
- Sistem pertempuran yang seronok
- Jalan cerita yang menarik daripada perspektif baharu
CONS
- Tidak boleh "berkahwin" seperti dalam game FE sebelum
- Latar belakang beberapa watak tidak cukup mendalam
Discussion about this post