Selepas hampir sedekad, Bleach akhirnya kembali dengan musim finale pada 10 Oktober 2022! Protagonis utama Kurosaki Ichigo sudah bersiap sedia untuk beraksi, tetapi ramai peminat risau jika anime itu kena sensor (memandangkan siri Bleach agak ganas). Korang tidak perlu risau kerana pihak produk menjanjikan bahawa anime tidak akan sensor langsung dan turut menunjukkan adegan brutal melalui teaser!
Didedahkan pada minggu lepas melalui trailer baharu, klip di atas memberikan pandangan lebih mendalam tentang arc “Thousand-Year Blood War”, sambil menunjukkan watak kegemaran kami. Bukan itu sahaja, beberapa detik komedi juga diletakkan yang mempamerkan Ichigo berinteraksi dengan Nel.
Namun, tidak semuanya indah-indah belaka. Satu adegan di dalam trailer menunjukkan betapa ganasnya babak di dalam anime Bleach, dan berikut adalah screenshot:

Seperti yang anda boleh lihat, kamera sekuriti Soul Society telah merakam adegan brutal di atas, dan tiada satu pun yang ditapis atau kena sensor. Secara lebih khusus, kamera sekuriti telah merakam beberapa orang Shinigami yang terbaring mati di atas medan perang. Nampaknya pasukan itu cuba mempertahankan Soul Society, tetapi pihak musuh membunuh mereka tanpa banyak masalah.
Adegan ini penuh dengan darah, dan kecederaan yang mereka alami pun bukanlah ringan. Seorang lelaki nampaknya telah hilang kedua-dua belah tangannya manakala seorang lagi hilang kaki. Beberapa mayat yang terbelah dua juga bersepah di atas lantai, malah ada mayat yang kepalanya dipenggal jika korang perhati dengan teliti.

Ini baru watak sokongan, belum lagi apabila watak penting lawan 1v1. Jadi bagi sesiapa yang bimbang jika anime Bleach kena sensor, korang tidak perlu risau.
Sekali lagi saya ingatkan, Bleach: Thousand-Year Blood War akan ditayangkan pada 10 Oktober 2022 tetapi saya tidak pasti jika ia boleh ditonton pada hari yang sama (simulcast) di Malaysia. Saya akan laporkan nanti apabila mendapat info baru.
Untuk membaca segala liputan kami tentang Bleach termasuk info anime, manga, fakta trivia, dan lain-lain, sila tekan pautan ini.
@gamersantaimy
Discussion about this post