Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Final Fantasy VIII Remastered mobile kini tersedia untuk iOS & Android!

Razin Syafiq by Razin Syafiq
March 25, 2021
in Android, Artikel, Berita, Game Baru, Genre, iOS, Mobile, RPG
0 0
0
Final Fantasy VIII Remastered mobile kini tersedia untuk iOS & Android!
Share on FacebookShare on Twitter

Square Enix telah mengumumkan Final Fantasy VIII Remastered mobile untuk iOS melalui App Store dan Android melalui Google Play. Ia kini dijual dengan harga RM69.90. Final Fantasy VIII pertama kali dilancarkan pada 11 Februari 1999 dan menerima banyak populariti sehingga menjual lebih dari 9.6 juta unit di seluruh dunia! 20 tahun kemudian, Final Fantasy VIII Remastered pula dilancarkan untuk PlayStation 4, Xbox One, Switch, dan PC melalui Steam pada bulan September 2019.

Dan sekarang pemain boleh menikmati Final Fantasy VIII Remastered di telefon pintar mereka! Dengan watak CG yang diperbaharui, dunia Final Fantasy VIII kini lebih indah dari sebelumnya. Harap maklum bahawa tiada caj tambahan akan dikenakan setelah memuat turun. Berikut adalah kenyataan rasmi dari PlayStore:

Jalan Cerita

 

“Republic of Galbadia”, di bawah pengaruh ahli sihir Edea, menggerakkan askarnya yang hebat untuk melawan negara-negara lain di seluruh dunia.

Squall dan anggota SeeD yang lain, sebuah pasukan tentera upahan elit, berganding bahu dengan Rinoa untuk melawan pemerintahan zalim Galbadia dan menghalang Edea dari memenuhi tujuan utamanya.

Ciri-ciri utama

  • Guardian Force (G.F.) – G.F. adalah makhluk seruan dalam Final Fantasy VIII yang digunakan untuk melindungi protagonis. Seru mereka dalam pertempuran untuk melepaskan kehebatan mereka dan untuk meningkatkan kekuatan bersama pemain. Dengan “men-junctioning” G.F., pemain dapat menikmati kebebasan yang lebih luas semasa bertarung.
  • Drawing – Perolehi sihir dalam Final Fantasy VIII dengan drawing (mengekstrak) sumber itu dalam pertempuran. MP tidak wujud dan pemain terhad kepada jumlah sihir yang mereka miliki. Sihir yang telah diekstrak boleh dilancarkan serta merta atau disimpan untuk digunakan kemudian.
  • Junctioning – Sistem ini membolehkan pemain menggunakan G.F. dan menyimpan sihir watak-watak untuk meningkatkan kekuatan mereka.

 

1 of 3
- +

Amaran untuk mereka yang beli! Sila baca sebelum bermain!

Memasuki atau meninggalkan kenderaan seperti kereta dan “the Garden” kadang-kadang boleh menyebabkan watak anda tersekat di antara kenderaan dan medan persekitaran, atau membekukan kenderaan. Ini nampaknya terjadi lebih kerap ketika anda meninggalkan kenderaan berdekatan dengan persekitaran yang tidak dapat dilalui, atau ketika anda cuba memasuki atau meninggalkan kenderaan semasa acara-acara tertentu.

Pada masa ini, satu-satunya solusi adalah “reload save file” sebelum, jadi pastikan anda save-kan kemajuan dengan kerap. Jika anda ada masalah lain, sila semak bahagian FAQ di halaman sokongan untuk mencari solusi anda!

Jika anda berminat, sila tekan pautan di bawah untuk memuat turun Final Fantasy VIII Remastered mobile sekarang! Untuk segala liputan kami tentang francais Final Fantasy, sila tekan di sini.

Muat turun di sini
Final Fantasy VIII Remastered
Publisher: Square Enix
Developer: Square Enix
Release Date: 2021-03-25
Android, iOS
Pemain boleh menikmati Final Fantasy VIII Remastered di telefon pintar mereka! Dengan watak CG yang diperbaharui, dunia Final Fantasy VIII kini lebih indah dari sebelumnya. 
Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy
Tags: AndroidFinal Fantasy VIII RemasterediOSMobilesquare enix
Previous Post

Bandai Namco kongsi gameplay dan info terbaru Scarlet Nexus

Next Post

SEA Games 2021 menampilkan 10 kejohanan esports termasuk Wild Rift, PUBG Mobile dan FIFA

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

RGG Studio Memperkenalkan Semula Stranger Than Heaven, Dahulu Dikenali Sebagai Project Century
Berita

RGG Studio Memperkenalkan Semula Stranger Than Heaven, Dahulu Dikenali Sebagai Project Century

June 7, 2025
Onimusha: Way of the Sword Tampilkan Musuh Dalam Game & Aksi Combat Epik
Berita

Onimusha: Way of the Sword Tampilkan Musuh Dalam Game & Aksi Combat Epik

June 7, 2025
Mundfish Umum Atomic Heart II – Bakal Lancar Pada 2026 Untuk Konsol & PC
Berita

Mundfish Umum Atomic Heart II – Bakal Lancar Pada 2026 Untuk Konsol & PC

June 7, 2025
Next Post
SEA Games 2021 menampilkan 10 kejohanan esports termasuk Wild Rift, PUBG Mobile dan FIFA

SEA Games 2021 menampilkan 10 kejohanan esports termasuk Wild Rift, PUBG Mobile dan FIFA

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan
Berita

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan

June 5, 2025
Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!
Animasi

Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!

June 4, 2025
Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’
Berita

Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’

June 3, 2025
Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026
Filem

Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026

June 2, 2025
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd