Final Fantasy VII (FFVII) Rebirth bahagian kedua untuk Final Fantasy Remake telah pun diumumkan pada Jun tahun lalu. Hampir setahun kita tidak mendengar sebarang kemas kini mengenai entri terbaharu untuk Final Fantasy VII. Sudah tentu ramai dalam kalangan pemain yang terfikir jika mereka perlu bermain game pertama untuk menikmati Rebirth nanti. Soalan tersebut nampaknya telah dijawab oleh pengarah bersama game, Motomu Toriyama.

Melalui Twitter, pembangun Final Fantasy VII Rebirth telah membuat persediaan untuk pemain yang tidak mempunyai peluang untuk bermain Final Fantasy VII Remake. Jadi pemain tidak perlu bermain game pertama untuk menikmati FFVII Rebirth dengan sepenuhnya.
Final Fantasy VII Rebirth
— FINAL FANTASY VII (@finalfantasyvii) June 5, 2023
Developer comment number 4#FF7R pic.twitter.com/vsmJZvDljw
Lega juga apabila mendapat berita sebegini. Tetapi terfikir juga bagaimana game itu akan sampaikan perkara-perkara yang berlaku dalam game pertama nanti? Nampaknya kenalah tunggu kemas kini terbaharu nanti. Pada awal bulan Jun, produser game Yoshinori Kitase ada mengatakan bahawa pembangunan game tersebut berjalan dengan lancar dan mengikut rancangan.
Bermakna game tersebut mungkin dapat dilancarkan mengikut jadualnya. Seperti yang diumumkan tahun lalu, Final Fantasy VII Rebirth akan dilancarkan pada musim sejuk, yang berkemungkinan besar jatuh pada hujung tahun 2023 ataupun pada awal tahun 2024. Game ini juga akan tersedia secara eksklusif di PS5.
Untuk segala liputan mengenai Final Fantasy VII daripada kami, boleh klik pautan ini.
@gamersantaimy
Discussion about this post