Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Final Fantasy VII: Ever Crisis Akan Tiba Di Steam Pada Disember 2024, Tapi Bukan Di Malaysia

Razin Syafiq by Razin Syafiq
November 30, 2023
in Action, Android, Artikel, Berita, Gacha, iOS, Mobile, PC, RPG, Steam
0 0
0
Final Fantasy VII: Ever Crisis Akan Tiba Di Steam Pada Disember 2024, Tapi Bukan Di Malaysia
Share on FacebookShare on Twitter

Hari ini, Square Enix mengumumkan bahawa judul RPG free-to-play “Final Fantasy VII: Ever Crisis Versi PC” akan dilancarkan melalui Steam pada 7 Disember. Game ini asalnya dilancarkan untuk iOS melalui App Store dan Android melalui Google Play pada 7 September dan ini adalah kali pertama ia dilancarkan di platform selain mobile.

Steam Version Release Date Confirmed!#FF7EC Steam Version
Available on Dec. 7, 2023 (JST)!

The release date for the Steam version of FINAL FANTASY VII EVER CRISIS has been confirmed for Dec. 7!
Add it to your wishlist!
*Date and time may vary in some regions.#FF7EverCrisis

— FINAL FANTASY VII EVER CRISIS_EN|FF7EC (@FFVII_EC_EN) November 30, 2023

Halaman rasmi Final Fantasy VII: Ever Crisis juga sudah tersedia di Steam tetapi malang sekali buat pemain Malaysia, ia dikenakan region lock, sama seperti versi mobile. Ini bermaksud game ini hanya boleh dimainkan di beberapa negara tertentu sahaja dan tidak tersedia di Malaysia.

Sehingga Square Enix memberi maklumat lanjut, nampaknya kita tidak berpeluang untuk bermain game ini.

Tentang Final Fantasy VII: Ever Crisis

Kredit: Square Enix

Final Fantasy VII: Ever Crisis ialah game mobile dengan elemen gacha/loot box. Dirancang untuk mengeluarkan episod baru secara bulanan, game ini menceritakan semula peristiwa daripada game original Final Fantasy VII pada 1997, dan semua judul kanon dalam francais Final Fantasy VII seperti filem Advent Children, dan game Before Crisis, Crisis Core dan Dirge of Cerberus.

Pemain boleh mencuba mana-mana naratif pada bila-bila masa dengan menukar dari menu utama lalu mengalami jalan cerita bersifat rumusan untuk game tersebut daripada awal hingga akhir.

Kredit: Square Enix

Namun, bab cerita tertentu tidak akan tersedia semasa pelancaran dan akan ditambahkan kemudian secara kemas kini. Selain itu, Ever Crisis akan menampilkan naratif original baharu yang meneroka masa lalu yang dan asal usul watak/antagonis ikonik, Sephiroth.

Dipasarkan sebagai mobile remake kepada Final Fantasy VI, dunia Final Fantasy VII yang dipersembahkan rupa ala retro digabungkan dengan grafik moden manakala sistem pertempuran diinspirasikan daripada sistem Active Time Battle lalu dirombak/diubah untuk bermain dengan lancar pada peranti mobile dengan grafik berkualiti tinggi.

Kredit: Square Enix

Game ini cuba mengekalkan ciri-ciri ikonik daripada siri dan termasuk elemen RPG seperti Abiliti, Materia, Summon, Limit Break dan lain-lain; sambil menyokong ciri tambahan termasuk Auto Mode dan Battle Speed yang menjadikan game ini lebih mudah dan menyeronokkan.

Walaupun percuma untuk dimuat turun dan bermain, Ever Crisis menampilkan sistem mikrotransaksi/gacha. Ia menawarkan loot box yang menghadiahkan pemain dengan pelbagai pilihan senjata dan pakaian secara rawak.

Kredit: Square Enix

Watak tidak perlu dikumpul dan semua boleh dimainkan selepas anda memperolehi mereka melalui jalan cerita. Selepas mendapat watak kegemaran, jangan lupa untuk customize setiap satu dengan peralatan dan senjata ikonik untuk mengalahkan musuh kuat dalam mode pertempuran solo atau co-op.

Untuk mendapatkan berita lain mengenai Final Fantasy VII daripada kami, boleh klik pautan ini.

Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy
Tags: Final Fantasy VII: Ever CrisisPCsteam
ShareTweetSend
Previous Post

Honkai Star Rail Menang Besar, Merupakan “Google Play Best Game Untuk 2023”!

Next Post

Barisan Game PS Plus Disember 2023 Disember 2023 — Lego 2K Drive, Powerwash Simulator & Sable

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

Menangi ROG Ally X & Hadiah Eksklusif Lain, Dengan Bermain Monster Hunter Wilds Bersama ASUS ROG
Berita

Menangi ROG Ally X & Hadiah Eksklusif Lain, Dengan Bermain Monster Hunter Wilds Bersama ASUS ROG

June 6, 2025
Survival Kids Kini Dilancarkan, Eksklusif di Nintendo Switch 2
Berita

Survival Kids Kini Dilancarkan, Eksklusif di Nintendo Switch 2

June 6, 2025
Nantikan Acara Demon Slayer Experience Di Malaysia, Bermula 28 Jun Di Pavilion Bukit Jalil!
Anime

Nantikan Acara Demon Slayer Experience Di Malaysia, Bermula 28 Jun Di Pavilion Bukit Jalil!

June 6, 2025
Next Post
Barisan Game PS Plus Disember 2023 Disember 2023 — Lego 2K Drive, Powerwash Simulator & Sable

Barisan Game PS Plus Disember 2023 Disember 2023 — Lego 2K Drive, Powerwash Simulator & Sable

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan
Berita

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan

June 5, 2025
Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!
Animasi

Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!

June 4, 2025
Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’
Berita

Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’

June 3, 2025
Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026
Filem

Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026

June 2, 2025
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd