Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Final Fantasy 7 Remake mungkin akan keluar untuk PC & PS5 dalam masa terdekat!

Razin Syafiq by Razin Syafiq
January 29, 2021
in Artikel, Berita, PC, Platform, PS5
0 0
0
Final Fantasy 7 Remake mungkin akan keluar untuk PC & PS5 dalam masa terdekat!
Share on FacebookShare on Twitter
Kami tahu yang Final Fantasy VII Remake tidak akan kekal selama-lamanya di PlayStation 4 dan hanya mempunyai tempoh eksklusif satu tahun di platform. Ini menunjukkan bahawa ia akan keluar untuk pelantar lain dan berdasarkan beberapa maklumat baru, nampaknya Square Enix akan mengumumkan berita ini pada bulan depan!

Square Enix memberitahu di laman web rasmi bahawa mereka telah membatalkan konsert akan datang di Tokyo, yang menampilkan muzik dari Final Fantasy VII Remake. Konsert itu akan berlangsung pada 12 dan 13 Februari tetapi dibatalkan kerana pandemik COVID-19 yang sedang berlaku. Walau bagaimanapun, persembahan masih dijadualkan berlangsung pada 13 Februari secara digital. Konsert ini juga disahkan akan menampilkan mesej berbentuk video dari Yoshinori Kitase (producer Square Enix). Mesej ini pasti akan berkaitan dengan masa depan permainan dan pelancarannya di pelantar lain.

Jika anda tertanya mengapa Square Enix ingin membuat pengumuman penting semasa acara konsert, ini bukan kali pertama mereka melakukan perkara seperti itu. Pada masa lalu, Square Enix telah mendedahkan banyak pengumuman penting seperti Kingdom Hearts dan Final Fantasy semasa persembahan langsung.

Sudah tentu, ini hanya spekulasi, jadi janganlah letak harapan 100% tetapi banyak khabar angin di internet menyatakan bahawa Square Enix akan mengumumkan Final Fantasy VII Remake untuk PlayStation 5 dan PC. Oleh itu, ia memang masuk akal untuk membuat sejenis pengumuman seperti itu semasa acara persembahan.

Kami semua akan tahu dalam masa terdekat kerana sudah tidak lama sebelum 13 Februari. Sekiranya ada perkara penting yang berlaku di acara, saya akan terus laporkan kepada anda semua! Untuk membaca segala liputan lama tentang Final Fantasy 7 Remake, sila tekan pautan ini.

Sumber – Wccftech

Muat turun di sini!
Final Fantasy 7 Remake
Developer: Square Enix
Release Date: 2020-04-10
PlayStation 4
Ambil perjalanan kembali ke 1997 tetapi kali ini berbeza dengan semua peningkatan baru dan menakjubkan dari versi REMAKE!
Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy
Tags: final fantasy vii remakePCps5square enixYoshinori Kitase
Previous Post

Persembahan dah bermula! Jangan lupa muat turun DEMO PERCUMA BALAN WONDERWORLD

Next Post

JOURNEY TO THE SAVAGE PLANET hadir di PC STEAM hari ini!

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

Onimusha: Way of the Sword Tampilkan Musuh Dalam Game & Aksi Combat Epik
Berita

Onimusha: Way of the Sword Tampilkan Musuh Dalam Game & Aksi Combat Epik

June 7, 2025
Mundfish Umum Atomic Heart II – Bakal Lancar Pada 2026 Untuk Konsol & PC
Berita

Mundfish Umum Atomic Heart II – Bakal Lancar Pada 2026 Untuk Konsol & PC

June 7, 2025
Game Sekuel ‘Code Vein II’ Diumumkan, Akan Keluar 2026!
Berita

Game Sekuel ‘Code Vein II’ Diumumkan, Akan Keluar 2026!

June 7, 2025
Next Post
JOURNEY TO THE SAVAGE PLANET hadir di PC STEAM hari ini!

JOURNEY TO THE SAVAGE PLANET hadir di PC STEAM hari ini!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan
Berita

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan

June 5, 2025
Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!
Animasi

Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!

June 4, 2025
Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’
Berita

Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’

June 3, 2025
Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026
Filem

Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026

June 2, 2025
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd